Amazon telah tampil dengan produk terbaru mereka iaitu Kindle Fire. Kindle Fire ini dikatakan akan menjadi pesaing baru iPad dari Apple.
Amazon, syarikat jualan dalam talian gergasi menyatakan, Kindle Fire yang skrinnya berukuran 17.78 sentimeter hanya bernilai AS$199 (RM629) dan akan mula dipasarkan pada 15 November ini. Kindle Fire mempunyai ciri-ciri menyerupai iPad dan dikuasakan oleh perisian Android milik Google.