Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Selasa, 10 Julai 2012

Blog Uncleseekers | 12 Juta Pageviews.

Siapa Uncleseekers?  Sekarang kecoh 1 Malaysia pasal uncleseekers.


Uncle Seekers ni seorang yang agak “kontroversi” dan boleh dikatakan sangat berani, tetapi akhirnya keberanian beliau menjerat diri sendiri apa bila ditahan oleh polis selepas beberapa individu membuat laporan polis susulan entry berkaitan Isu dalaman Kerabat Diraja Johor.


Uncle Seekers ditahan bersama teman wanitanya di Plaza Tol Senawang dan direman selama 4 hari, Selepas tamat tempoh tersebut, tahanan beliau dilanjutkan selama seminggu lagi akibat positif dadah jenis metamphatamine. Akibat dari pendedahan mengenai kerabat diraja Johor tersebut. Blog Uncle Seekers kini menjadi antara “Blog Paling Popular” di Malaysia.

Tidak tahu apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh uncleseekers ni. Sebelum ini , beliau beberapa kali telah menimbulkan kontroversi apabila mendedahkan  isu isu “berprofil tinggi” melibatkan kenamaan. (Kredit to hazrilhafiz.blogspot.com)


Blog kontroversi uncleseekers ni dah menghampiri 12 Juta pageviews (diambil pada 9/7/2012 jam 11.36 malam). Dah macam meter air, laju ja nombor tu bergerak. Dari situ dah boleh tahu betapa popularnya blog kontroversi uncleseekers ni.


Nampak gayanya uncleseekers tak sempat nak tutup kedai sebab dah ditahan polis.  Habis la nanti harta-benda dalam ‘kedainya’ nanti dicuri orang. Hohoho.

P/S : Mungkinkah ada sambungannya nanti?  Pasti lebih banyak kisah akan dikongsikan lagi oleh si uncleseekers ni lepas dibebaskan nanti.  Moga-moga bulan puasa akan datang tidak dicemari perkara-perkara yang ‘kontroversi’…

1 ulasan:

  1. Hehehe...mmg tak sempat nk tutup kedai dah dia...:)

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.