Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 29 Mac 2012

Lelaki Kacak Nak Bagi Duit RM500 (Lumayan).

2 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Lelaki kacak?  Anda rasa diri anda kacak.  Kalau jawapan anda ya, anda berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500 beserta hadiah-hadiah tambahan lain.

Hehehe. Tajuk entri biaq gempaq, baru trafik masyuk, kan kan kan.

Sumber dari Google Image.

Entri ini sekadar nak promosi ‘Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012’ anjuran earncent.  Kalau nak sahut cabaran tu rasanya masih banyak yang perlu Sharifdez lakukan.  Bukan senang nak jadi lelaki kacak.  Perlu berbudi bahasa, hormat orang tua, sayang pada yang muda, jadi ‘body guard’ pada kekasih hati.  Pendek kata, letih nak jadi lelaki kacak ni.  Itu pendek kata, kalau panjang kata, kena ‘control macho’ 24 jam, termasuk masa tidur. J

Nak jadi terbaik bukan mudah.  Al maklumlah yang dah sahut cabaran ni bukan calang-calang blogger.  Semua mereka ada domain sendiri.  Ranking blog pun kebaboom semuanya.  Tapi tak salah kalau nak cuba.

Sharifdez nak cuba tengok, blogspot ni hebat atau tidak.  Blogspot dan Google kan sahabat baik.

Ok, kalau ada yang berminat boleh klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.




Ps : Tak dapat yang teratas, dapat 1st page pun kira ok la.

Rabu, 28 Mac 2012

Tarikh Nikah | Awal Ashaari Lamar Scha al Yahya (Video).

3 teman memberi kata semangat.
Salam 1 Malaysia.

Akhirnya, Awal Ashaari telah melamar Scha.  Mereka juga telah menetapkan tarikh pernikahan mereka.  Sebenarnya Sharifdez tertarik sangat pada tarikh pernikahan yang telah diumumkan Awal dan Scha.


Kalau nak tahu apa yang istimewa sangat dengan tarikh tersebut, tungguuuuu… J

Isnin, 26 Mac 2012

Farid Kamil Jadi Ketua Gangster Di Penang (Biar Betul).

1 teman memberi kata semangat.
Salam 1 Malaysia


Farid Kamil jadi ketua gangster la pulak.  Dah dapat gelaran Ayahanda, mula nak tunjuk kuasa.  Farid Kamil kini mengganas di Penang.

Khamis, 22 Mac 2012

Video Ini Buat Hati Kecilku Menangis.

0 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Hati kecil ini menangis bila menonton video di bawah.


Video ini ada ditayangkan di tv.  Mungkin anda ada melihatnya.

Bila menonton video tersebut, terasa sebak hati ini.  Kerana perasaan marah, hubungan yang dibina bertahun lamanya bakal musnah.  Namun, kenangan indah cinta pertama memang sukar dilupakan.

Bila taufan amarah kembali reda, perasaan resah, gelisah, bimbang dan bermacam perasaan lagi tiba-tiba menjelma.

Ahad, 18 Mac 2012

Semak Keputusan SPM 2011 Melalui SMS dan Online.

0 teman memberi kata semangat.
Salam 1 Malaysia.

Jom semak keputusan SPM.  Sebagai pelajar yang menunggu keputusan SPM 2011, perasaan berdebar-debar pasti tidak dapat dibendung.  Tidur malam pun dah tak lena. Ibu bapa juga resah mengharapkan keputusan cemerlang anak masing-masing.


Selain cara pergi ke sekolah untuk dapatkan keputusan SPM, ini adalah cara lain untuk dapatkan keputusan. Malas nak ke sekolah atau gemuruh, takut nak ambil keputusan buat cara begini..

Cara semak keputusan SPM melalu SMS. Berikut adalah langkah untuk buat semakan keputusan SPM 2011.

Blogger Terbaik. Blog Pilihan Minggu Ke-3.

1 teman memberi kata semangat.
Salam rakan-rakan blogger sekalian.

Sudah agak lama Sharifdez tidak senaraikan blog terbaik pilihan Sharifdez.  Terasa sedikit suram kemeriahan berblog di awal tahun ini.

Sudah ramai blogger yang menyepi. Mungkin sibuk dengan kehidupan masing-masing.  Mungkin juga sudah buntu untuk menghasilkan entri di blog masing-masing.

Apa-apa pun, Sharifdez harap kemeriahan berblog akan kembali untuk mengembalikan semangat yang makin padam ini.


Eh, awek cantik mana pulak ni.

Khamis, 15 Mac 2012

Cara Dapat Trafik Blog (Facebook).

2 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Anda baru mempunyai blog?  Nak tahu bagaimana cara dapatkan trafik ke blog anda dari Facebook?  Sharifdez akan tunjukkan caranya.  Mudah sekali. 

Tapi, sebelum tu anda perlu SMSkan pin top up Maxis RM10 ke 0125396XXX dahulu.  Heheheee, gurau ja.

Sumber dari Google Image.

Ahad, 11 Mac 2012

Inai Di Jari | Selamat Pengantin Baru.

0 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sumber gambar dari Google Image.

Wajah berseri bertudung biru,
Inai merah lekat dijari;
Selamat pengantin baru,
Moga hubungan kekal abadi.

Bila sekolah mula bercuti, majlis kenduri kahwin pun berlambak-lambak.  Mak andam dan pak andam tak menang tangan. 

Pengusaha katering pun sama-sama nak menang.  Photografer pula sibuk mengilap kameranya.

Apa-apa pun, bagi mereka yang telah, sedang dan akan mendirikan rumahtangga, selamat pengantin baru Sharifdez ucapkan.  Moga Allah memberkati hubungan kalian.

Sabtu, 10 Mac 2012

Cara Mudah Dapat Trafik Blog Dari Youtube.

0 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sumber dari Googe Image.
Pening kepala nak dapatkan trafik ke blog anda?  Sharifdez akan tunjukkan cara mudah Sharifdez dapatkan trafik dari Youtube.  Mudah ker, anda tentukan sendiri, ok.  Jom tengok sekejab video pendek di bawah ni.  Mungkin anda akan dapat sedikit inspirasi untuk dapatkan trafik ke blog anda nanti.

Jumaat, 2 Mac 2012

Statistik Blog Bulan Februari 2012.

4 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Statistik blog? Ada tak blogger yang dah post pasal statistik blog untuk bulan februari 2012 yang lalu?  Kalau belum, luangkan seketika masa untuk membuat sedikit kajian ke atas blog anda.  Mungkin anda akan menemui kekuatan tersendiri pada blog anda.

Sumber gambar dari Google Image.

Dengan membuat sedikit kajian, anda mungkin akan tahu pembaca blog anda terdiri dari golongan yang mana.  Dengan itu akan memudahkan anda membuat entri yang lebih berkualiti lagi untuk pembaca blog anda (wah, ayat skima abis J ).

Ok, kalau berminat anda boleh gunakan tajuk entri seperti di atas. “Statistik Blog Bulan Februari 2012”.  Bukan apa, Sharifdez sekadar mahu melihat kekuatan SEO blog anda.  Adakah dengan menggunakan tajuk tersebut blog anda akan berada di laman pertama carian Google.  Nanti boleh Sharifdez terjah blog anda melalui Google.

Bercerita pasal statistik blog, Sharifdez nak tunjuk la sedikit statistik untuk B.L.O.G. S.H.A.R.I.F.D.E.Z. ni.


Bulan lalu blog ini telah menerima 2332 kunjungan dimana 3287 halaman telah dibuka.  Ini bermakna ada pengunjung yang sudi membaca entri2 yang lain dalam laman blog ini.  Pendapatan yang telah berjaya diperolehi dari blog ini adalah RM5 000.  Hehehee, ini auta ja, diulang, auta a.k.a tipu ja ni.  Blog ini bukan blog perniagaan.  Ini blog biasa2 ja.


Kebanyakan pengunjung blog datangnya dari carian samada melalui carian Google, Yahoo, atan lain-lain carian yang ada.

Kalau blogger2 Otai tengok statistik blog ni mesti gelak guling2 punya.  Pengunjung ratus ribu ok lah jugak nak menunjuk.  2 ribu pengunjung pun dah nak kecoh satu dunia.

Sekadar mencari kepuasan tersendiri dalam dunia blog ini a.k.a syok sendiri.  Hehehee.


‘Like’ jika suka entri syok sendiri ini.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik