Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Isnin, 16 September 2013

Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal


Bagaimana cara berniaga dari rumah tanpa modal?

Adakah persoalan ini bermain di fikiran anda.  Jika anda mencari penyelesaian untuk masalah ini, mungkin panduan dari saudara Najib Asaddok ini dapat merungkaikan permasalahan anda.

Anda ingin berniaga tetapi tiada modal.  Dropship adalah salah satu jalan penyelesaian  selain daripada membuat pinjaman bank.


Dropship konsepnya mudah. Dropship ialah teknik pembekalan di mana kita sebagai penjual tak perlu simpan stok tetapi bila ada pembelian dari pelanggan kita, pembungkusan akan dibuat oleh pembekal dan mereka terus menghantar kepada pelanggan kita. Sebagai penjual kita mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.  Mari kita lihat dengan lebih jelas.



Kelebihan Bisnes Tanpa Modal Dropship.

1. Tak perlu modal untuk beli barang.

2. Tak perlu simpan barang (inventory). Tak perlu risau barang tak habis.

3. Bagi mereka yang masih bekerja sepenuh masa, dengan bisnes model ini, anda tidak lagi perlu pening kepala untuk menguruskan urusan penghantaran. Semuanya telah disediakan oleh pihak dropshipper.

4. Boleh buat secara part time. Memandangkan hampir 70% kerja-kerja pengurusan telah disiapkan oleh orang lain,maka anda tidak perlu masa yang banyak untuk menjalankan bisnes ini. Anda hanya perlu promosi sahaja. Dapat order, beri kepada dropshipper, kemudian dropshipper hantar barang. Siap. Mudah.

5. Risiko yang rendah. Modal untuk beli barang tak perlu. Kedai tak payah sewa.


Secara kesimpulannya dalam model perniagaan dropship anda hanya perlu promosikan gambar dan maklumat produk tanpa simpan sebarang stok…anda bebas untuk mempromosikan seberapa banyak produk yang anda mahu dan penuhkan akaun bank anda dengan keuntungan jualan produk yang tiada dalam tangan anda pun. Boleh dikatakan anda hanya ‘Jual Gambar’…bestkan?

Jika anda benar-benar berminat, anda boleh ke laman web Encik Najib Asaddok untuk mengetahui lebih lanjut panduan yang ingin dikongsikan beliau. KLIK DI SINI.



Like/Share jika info ini berguna.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.: