Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Rabu, 30 Oktober 2013

Beli Online iPhone 5S | Lelong RM32 Ribu

Siapa mahu beli iPhone 5S.  Harga murah murah sahaja, RM32 ribu.  Ada berani, boleh angkut satu.  Hehehee.  Ini bukan gimik, tapi satu kebenaran.  Ada manusia di muka bumi ni sanggup berhabis duit semata-mata untuk miliki gajet idaman.



-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-
IPhone 5S Warna Emas Dilelong RM32,534

LONDON - Versi terbaharu telefon pintar iPhones 5S berwarna emas dijual di laman web lelongan eBay pada harga AS$10,100 (RM32,534), lapor sebuah akhbar kelmarin.  Telefon pintar keluaran firma Apple Inc. itu dijual pada harga lebih tinggi berbanding telefon pintar bersalut emas lain yang berada di pasaran.

Selain itu, Apple turut menghasilkan telefon pintar iPhones 5S dalam versi warna perak dan kelabu.  Gajet kesukaan ramai itu menjadi rebutan peminatnya sejurus ia memasuki pasaran pada Jumaat lalu (27 September 2013).

Sejumlah pengguna eBay sedaya upaya cuba memiliki telefon pintar berwarna emas berkapasiti 16GB itu dengan membida 12 kali ganda lebih tinggi daripada harga runcit.

Pada saat-saat akhir bidaan, harga tawaran yang bermula pada AS$2,500 (RM8,053) meningkat kepada AS$10,100(RM32,534).  Walaupun iPhone berwarna emas sudah beberapa kali dijual di eBay, lelongan tersebut mencatat harga paling tinggi setakat ini.

Dalam pada itu, Apple mendedahkan, ia telah menjual sebanyak sembilan juta unit iPhone 5S dan iPhone 5C dalam tempoh tiga hari selepas gajet berkenaan dilancarkan. – Agensi 
[ Sumber :- kosmo.com.my ]
-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

“Your Fingerprint is the Perfect Password”

Itu berita panas bulan lepas.  Bahangnya masih lagi terasa hingga ke hari ini.  Sebabnya, ramai lagi yang mahu membeli iPhone 5S ini.  Maklumlah, masih segar dari ladang.

 Anda ke sini mahu beli iPhone 5S secara online?  Kalau ya, boleh cuba lihat Di Sini.





Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.: