Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Isnin, 25 November 2013

Ringankan Beban Mangsa Taufan Haiyan Bersama Nuffnang


Taufan Haiyan melanda Filipina

Beberapa minggu lepas, Filipina telah dilanda Taufan Haiyan.  Kesan yang ditinggalkan amat dasyat sekali.  Banyak rumah serta harta benda penduduk musnah dalam taufan berkenaan.

 Rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesulitan yang menimpa saudara kita di Filipina pasti sedikit sebanyak akan sedaya upaya membantu mereka.  Sebagai blogger, Sharifdez juga ingin membantu sekadar termampu.  Mujurlah Nuffnang juga telah mengambil langkah untuk turut membantu mangsa Taufan Haiyan.


Sekiranya anda mempunyai akaun Nuffnang, boleh la mengambil kesempatan ini untuk turut membantu meringankan mangsa Taufan Haiyan di Filipina.  Sumbangan ikhlas anda pasti akan terbalas.

Berikan sumbangan ikhlas anda dengan klik banner yang terdapat di akaun Nuffnang anda.  Sumbangkan sedikit pendapatan yang anda terima melalui Nuffnang.




Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.: