Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Jumaat, 31 Mei 2013

Rezeki Bulan Mei 2013 | Blog Buat Duit

0 teman memberi kata semangat.
Alhamdulillah, syukur atas rezeki kurniaan dari Ilahi.

Cara buat duit dengan blog.  Bagaimana buat duit dengan blog.
Panduan buat duit dengan blog.  Teknik buat duit dengan blog.
 

Kemungkinan beberapa kata kunci di atas telah membawa anda ke entri ini.  Mungkin juga anda datang dari bloglist rakan-rakan Blog Sharifdez.  Hanya anda sahaja yang tahu.

Jika anda datang ke sini mencari maklumat tentang cara buat duit dengan blog, Sharifdez akan kongsikan serba sikit ilmu yang Sharifdez kutip sepanjang 2 tahun menjadi blogger.  Sharifdez bukanlah otai, namun bak kata orang, ‘pengalaman ilmu paling berharga’. Betul tak.

Ahad, 26 Mei 2013

Cara Nak Dapat Top Up Percuma | Pengguna Maxis Sahaja

3 teman memberi kata semangat.
Bagaimana nak dapat top up percuma untuk Maxis?

Salam sejahtera.  Anda nak top up percuma?  Siapa yang tak nak benda percuma, kan.  Sharifdez pun nak juga.  Ada sesiapa yang tahu cara nak dapat top up percuma, kongsi lah di sini.  Ehh, entri ni nak ajar cara dapat top up percuma ka atau nak tahu cara.
 

Hehehee.  Terus terang, mana ada cara nak dapat top up percuma, kan.  Tapi kalau anda nak tahu juga, Sharifdez kongsi satu rahsia.  Opsss, tak de nya rahsia, hehehee.  Anda sebenarnya masih perlu keluarkan modal permulaan untuk dapat top up percuma ni.  Selepas tu, orang lain akan tolong top up kan untuk anda.  Setiap bulan, setiap minggu, mungkin juga setiap hari.  Inilah salah satu cara Sharifdez dapatkan top up percuma.  Nak tahu tak?  Kalau nak, baca seterusnya di bawah.

Jumaat, 24 Mei 2013

Ayam Serama Untuk Dijual | Serama RM13K

2 teman memberi kata semangat.
Anak Ayam Serama untuk dijual, RM1k seekor.

Salam sejahtera pembaca Blog Sharifdez.  Ada tak yang minat nak pelihara Ayam Serama.  Boleh buat duit.  Seekor jual RM1k.  Kalau dapat jual 10 ekor, tak ke RM10k.  Tak payah kerja teruk-teruk. Jual ayam pun boleh jadi kaya, huhuhuu.
 

Tapi realitinya tidak lah semudah itu.  Pembiak baka Ayam Serama berdepan dengan banyak halangan.  Faktor utama tentu sekali adalah masa.  Kenapa?  Kerana untuk dapatkan baka Serama terbaik, banyak proses dilalui.  Dari memilih induk untuk ‘dikahwinkan’, proses mengeram telur Serama, dan jangkitan penyakit.

Ahad, 19 Mei 2013

Beli Minyak Wangi Online | Haruman Dari Eropah | FM by Federico Mahora

0 teman memberi kata semangat.
Mahu beli minyak wangi secara online?  FM by Federico Mahora adalah pilihan haruman minyak wangi terkini.

Salam sejahtera rakan Blog Sharifdez.  Anda suka minyak wangi?  Pastinya paling kurang pun ada 1 minyak wangi yang menjadi haruman kegemaran anda.  Wanita dan minyak wangi tidak dapat dipisahkan.  Betul ka perumpamaan ni.  Mungkin ada benarnya.  Wanita kan suka haruman yang wangi dan menenangkan.
 


Sharifdez pun ada minyak wangi kegemaran iaitu minyak wangi pemikat wanita, AXE.  Tapi bila pakai tak ada pun wanita yang terpikat.  Heheheee.

Ok baiklah, hari ini Sharifdez kongsikan satu laman web untuk anda yang gemarkan haruman minyak wangi.  Sharifdez tahu, ada sesetengah penggemar suka mengumpul minyak wangi kerana bentuk botolnya yang cantik dan unik, kan.

Sabtu, 18 Mei 2013

Cara Memakai Tudung Telekung Tasya | Diana Amir dan Butik Inspirasihana

0 teman memberi kata semangat.
Tutorial pemakaian Tudung Telekung Tasya.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Entri kali ini untuk pembaca Blog Sharifdez yang minat dengan tudung labuh.  Kalau anda gadis cantik, comel dan kiut  yang sedang cuba belajar bertudung, tutorial memakai Tudung Telekung Tasya ini mungkin dapat memberi anda sedikit inspirasi untuk mengenakan tudung dengan gaya anda sendiri.
 

Tudung Telekung Tasya sesuai untuk wanita yang aktif di luar.  Bila waktu solat, hanya perlu tanggalkan jarum pin dan boleh terus solat.  Selepas solat, anda boleh gayakan semula dan kembali menyambung aktiviti anda.  Islam kan mudah.

Jom lihat video di bawah. Ada beberapa cara ditunjukkan.

Komisen Pertama Seni Pemasaran Facebook | Duit Affiliate

0 teman memberi kata semangat.
Terima komisen pertama dari Seni Pemasaran Facebook.  Alhamdulillah, syukur sangat-sangat atas rezeki yang dikurniakan Allah.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Ada lagi rezeki yang masuk melalui Blog Sharifdez ni.  Kali ni komisen dari Seni Pemasaran Facebook saudara Amirul Hafiz.  Sudah agak lama Sharifdez buat entri untuk produk Seni Pemasaran Facebook.  Hari ini baru kelihatan hasilnya.


Inilah salah satu kekuatan blog dan affiliate.  Kita sertai mana-mana affiliate, kemudian buat satu entri berkaitan produk tersebut.  Serapkan unsur-unsur SEO pada entri yang anda hasilkan dan kemudian lupakan. Hehehee.
 

Jumaat, 17 Mei 2013

Seminar Pelaburan Hartanah | 22 Hingga 30 Jun 2013 | Putrajaya

1 teman memberi kata semangat.
Seminar pelaburan hartanah 2013.  Seminar 7 hari (22 hingga 30 Jun 2013) bertempat di Putrajaya.  Sila kemaskini semua temujanji anda pada tarikh tersebut.

Salam sejahtera pelabur dan bakal pelabur hartanah Malaysia.  Adakah anda berminat untuk menambah lagi ilmu dalam pelaburan hartanah.  Jika ya, anda telah datang ke tempat yang betul.
 


Dalam bidang pelaburan hartanah, pastinya anda mengenali saudara Faizul Ridzuan (penulis buku “WTF? 23 properties by 30″) dan Saufi Karim (penulis buku “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal”).  Jika anda belum mengenali mereka, seminar yang akan diadakan ini adalah peluang anda mengenali mereka dengan lebih dekat.

Seminar 7 Hari WTF Sarjana
Hartanah Bersama Faizul Ridzuan

Istimewa untuk anda, Seminar 7 Hari WTF Sarjana Hartanah Bersama Faizul Ridzuan telah disusun rapi oleh Faizul Ridzuan sendiri akan diadakan selama 7 hari. Seminar 2 hari akan diadakan pada 22 dan 30 Jun 2013 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, manakala 5 hari selebihnya adalah program online di laman forum khas WTF University.

David Beckham Bersara | Dunia Bola Sepak

0 teman memberi kata semangat.
Bintang bola sepak David Beckham mengumumkan persaraan dari arena bola sepak.  Mesti ramai peminat David Beckham sudah tahu berita ini, kan  Selepas ini, peminat-peminat ‘susah mati’ David Beckham tak dapat la melihat beliau beraksi di atas padang lagi. Sedih kan.

--------------------ox0xo--------------------
"Saya berterima kasih kepada PSG kerana memberi peluang untuk terus menyambung tetapi sekarang adalah masa sesuai untuk menamatkan kerjaya saya, bermain di peringkat tertinggi,".

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pasukan, pengurus terbaik yang saya berpeluang untuk belajar daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong dan memberikan saya kekuatan untuk berjaya." – David Beckham.

Rabu, 15 Mei 2013

Cara Tingkatkan Keuntungan Perniagaan | Ledakan Jualan Berterusan

1 teman memberi kata semangat.
Cara paling pantas tingkatkan keuntungan perniagaan. Cuba tanya pakar pemasaran, saudara Affendi Hussin.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Terima kasih kerana berkunjung ke Blog Sharifdez.  Sekiranya anda mempunyai perniagaan dan ingin tahu cara untuk tingkatkan keuntungan cara pantas dengan kos yang murah, Sharifdez ada satu laman web untuk dikongsikan di sini.
 


Tidak kiralah apa jua perniagaan anda sama ada jual barang di internet, jual pakaian atau jual produk kecantikan, info ini pasti menarik untuk anda.  Sahabat saya saudara Affendi Hussin bersedia membongkarkan teknik dan rahsia beliau menjana keuntungan dengan pantas. 

Mari lihat video di bawah bagi memberi sedikit gambaran pada anda.

Selasa, 14 Mei 2013

Komisen ke 2 Job Di Rumah | Dapat Duit Lagi

4 teman memberi kata semangat.
‘Tahniah, anda dapat komisen dari Job Di Rumah.’  Tentu seronok kan jika setiap hari anda mendapat email seperti ini.  Inilah antara email yang membuatkan Sharifdez tersenyum seorang diri.


Mana tidaknya, setelah berblogging lebih dari 2 tahun Blog Sharifdez mula menampakkan hasil.  Jadi tidak sia-sia lah blog ini diwujudkan.  Walaupun hasilnya sedikit jika dibandingkan blogger yang lain, tapi Sharifdez bersyukur Allah bukakan pintu rezeki dengan pelbagai cara.  Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki kurniaanMu ya-Allah.


Isnin, 13 Mei 2013

Bertemu Pemain Manchester United | Mencari Ramli 2

0 teman memberi kata semangat.
Mencari Ramli Musim Ke 2, peluang anak muda bertemu pemain Manchester United.

“La, anak Mat Saleh ni pandai cakap Melayu rupanya.”

Ini antara dialog iklan tv yang menarik perhatian Sharifdez.  Dah banyak kali Sharifdez lihat iklan ni di tv tapi tak ambil peduli pun.  Hari ni baru Sharifdez perasan ada beberapa iklan ‘Mencari Ramli 2’ pada banner Nuffnang muncul di Blog Sharifdez.
 


Macam biasa bila tak ada idea, Nuffnang antara tempat Sharifdez mencari idea untuk penulisan entri.  Maka terhasillah entri ini, hehehe.  Tapi sebelum buat entri, kena lah buat kajian dulu.  Nanti salah info, buat malu saja, kan.

Sebelum tu pada anda yang belum lihat iklan tv yang Sharifdez maksudkan, boleh tengok video di bawah ni.

Ahad, 12 Mei 2013

Kerja Dari Rumah | Khas Untuk Wanita Sahaja

1 teman memberi kata semangat.
Panduan kerja dari rumah khas untuk wanita.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Bekerja dari rumah menjadi trend masa kini.  Teknologi internet yang semakin berkembang maju menjadikan trend bekerja di rumah semakin popular.
 
Kredit pic pada Online Kosmo

Tekanan kos sara hidup masa kini memaksa ramai kaum wanita turut bekerja bagi meringankan beban keluarga.  Tidak kira sama ada bujang atau sudah mendirikan rumahtangga, pekerjaan yang mereka lakukan sedikit sebanyak membuatkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

Wanita bujang bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan pekerjaannya sukar mendapatkan calon suami yang sesuai menyebabkan ada sesetengah kaum hawa ini mengambil keputusan untuk hidup membujang.

Bagi wanita yang berkeluarga pula, kesibukan bekerja membuatkan perhatian pada suami tercinta dan anak-anak tersayang diabaikan.  Masa berkualiti bersama anak-anak yang terbatas membuatkan anak-anak menjadi liar.  Anak-anak yang semakin liar mula memberi masalah pada keluarga dan akhirnya membuatkan rumahtangga menjadi kacau-bilau.  Tentu sekali anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda, kan.

Rabu, 8 Mei 2013

Kenapa Gadis Comel Buat Gwiyomi | Digi Kpop Contest

0 teman memberi kata semangat.
Kenapa ramai gadis comel suka buat video Gwiyomi?

Salam sejahtera peminat gadis Gwiyomi.  Seminggu dua yang lalu, ramai gadis cantik dan comel muat naik video Gwiyomi ke Youtube.  Fenomena gadis Gwiyomi (comel) bukan sahaja di kalangan orang biasa, artis popular pun terkena demam gwiyomi ni.
 


Maka penuh la video Gwiyomi di Youtube tu.  Ada yang suka, ada yang naik muak.  Macam-macam komen keluar yang kadang kala menyakitkan hati untuk dibaca.

Selasa, 7 Mei 2013

Beli Blackberry Z10 | Hotlink Prepaid RM1 | Duit Nuffnang

0 teman memberi kata semangat.
Beli handphone Blackberry Z10.  Pelan Hotlink Prepaid RM1 Sehari.  Duit dari Nuffnang.  Apa kaitan 3 perkara di atas ni.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Ingin memiliki Blackberry Z10.  Maxis ada menawarkan pelan jualan Blackberry dengan harga RM 1268.  Jika nak tahu maklumat lanjut, klik >> Blackberry Z10.
 
Kredit pic to Maxis

Kenapa sekarang ni Sharifdez lihat ramai yang sukakan Blackberry.  Jika anda pengguna Blackberry, semestinya anda sudah tahu kelebihan handphone Blackberry, kan.  Pada yang tidak tahu, Blackberry memberi akses tanpa had untuk penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Yahoo Messenger.

Isnin, 6 Mei 2013

Terima Komisyen Pertama Dari JobDiRumahDotCom | Cara Buat Duit Online

0 teman memberi kata semangat.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

JobDiRumahDotCom memang tidak pernah mengecewakan.  Komisyen diterima ahli yang membantu mempromosi website JobDiRumah akan segera dibayar.
 


Sebelum ini Sharifdez hanya melihat rakan blogger lain menulis entri seperti ini untuk berkongsi komisyen yang diterima.  Syukur, hari ini (6 Mei 2013) Sharifdez juga telah menerima bayaran komisyen dari admin JobDiRumah.  Lihat bukti komisyen pertama yang diterima Sharifdez dari JobDiRumah.


Nak tahu cara Sharifdez promosi web JobDiRumahDotCom?

Ahad, 5 Mei 2013

Jom Kita Keluar Mengundi Tunaikan Amanah

0 teman memberi kata semangat.
Anda dah mengundi.  Sharifdez dah.  Sekejab sahaja.  Tak perlu tunggu lama pun.  Tak sampai 1 jam, dah keluar dari pusat mengundi.  Ramai juga yang keluar mengundi di tempat Sharifdez.  Sesak tu biasa lah, tapi keadaan terkawal.

Terima kasih pada petugas-petugas yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
 


Sabtu, 4 Mei 2013

Perkahwinan Jehan Miskin | Gadis Korea

0 teman memberi kata semangat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat pengantin baru diucapkan kepada saudara Jehan Miskin dan isteri tersayang,  Julie Camelia Rhee. Pasangan sama cantik sama padan, bak merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua.
 

Mengapa Sharifdez tertarik hati untuk menaip entri berkenaan perkahwinan Jehan Miskin.  Ini kerana hari ini bukan sahaja hari kebahagiaan buat Jehan Miskin dan isteri.  Hari ini juga merupakan hari lahir Sharifdez.

Huhuhu, sebelum ni pun ada pasangan selebriti yang berkahwin pada hari lahir Sharifdez. Pasangan selebriti tu ialah Schawal

Jumaat, 3 Mei 2013

Cara Menurunkan Berat Badan Dalam 25 Hari

0 teman memberi kata semangat.

Panduan Menurunkan Berat Badan Dalam 25 Hari.

Salam sejahtera.  Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan.  Ingin menurunkan berat badan dalam masa 1 bulan.

Mempunyai berat badan berlebihan ketika masih kecil, anda akan dikatakan comel.  Tapi apabila meningkat dewasa, kerana berat badan berlebihan anda tidak mampu melakukan aktiviti riadah dan sukan yang anda gemari.  Baru berlari sekejap, anda sudah tercungap-cungap.
 


Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda rasa tidak selesa kerana terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai.  Jika lambat bergerak, ada pula suara-suara sumbang di belakang kedengaran. Pasti anda rasa sakit hati.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez