Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Sabtu, 27 Julai 2013

Video Nahas Kereta Api Laju Di Sepanyol

1 teman memberi kata semangat.
Kecelakaan kereta api di Sepanyol.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Semalam (25 Julai 2013) tengok berita di tv ada satu nahas kereta api tergelincir.  Memang kecelakaan tu sangat buruk.  Banyak nyawa yang terkorban.  Anda ada tengok tak berita tersebut.  Ada satu video CCTV yang terakam kecelakaan itu.
 
nahas kereta api di Sepanyol

---------------ox0xo---------------
Angka Nahas Kereta Api Di Sepanyol Meningkat 77 Orang

SANTIAGO DE COMPOSTELA: Angka kematian nahas kereta api tergelincir dari landasan dekat Santiago de Compostela pada lewat malam Rabu meningkat kepada 77 orang.  Kira-kira 143 orang lagi dilaporkan cedera.

Terdahulu, anggota penyelamat mengeluarkan 65 mayat dari bangkai kereta api itu.  Namun empat lagi mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal di hospital.

Isnin, 22 Julai 2013

Malaysia XI VS Chelsea | Video Jaringan Gol | 21 Julai 2013

0 teman memberi kata semangat.
Perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia XI lawan Chelsea 21 Julai 2013 ini diadakan di Stadium Shah Alam.  Pasti ada yang sudah tahu keputusan perlawanan antara Malaysia XI VS Chelsea ni, kan.

Malaysia XI vs Chelsea
Pada yang belum tahu, Malaysia tewas pada Chelsea dengan jaringan 1 gol berbalas 4.  Tapi OK lah juga dapat 1 gol.  Pada pandangan Sharifdez, pemain mungkin keletihan sebab bermain di bulan Ramadhan.

Apa-apa pun, memang terbaeek lah tengok video jaringan-jaringan gol dalam perlawanan semalam.  Jom layan video jaringan gol perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea yang berkesudahan 1 - 4.




P/S : Chelsea Chelsea.

Jumaat, 19 Julai 2013

Buat Duit Online Tanpa Modal | Income RM10k

3 teman memberi kata semangat.
Bagaimana mahu buat duit di internet tanpa modal?  Affiliate lah jawapannya.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Buat duit online tanpa modal.  Mungkin kedengaran agak mustahil.  Tapi bagi Sharifdez, dunia internet tanpa sempadan ini mampu memenuhi segala keinginan anda.  Sharifdez berani potong kuku menyatakan memang ada cara untuk buat duit online tanpa modal.  Hehehee.
 
Sumber dari Google Image
Sharifdez berani nyatakan Affiliate adalah cara mudah untuk buat duit online tanpa modal kerana Sharifdez sendiri sudah merasai income dengan affiliate.  Tak perlu keluar modal pun.  Cuma buat satu entri SEO di blog ini dan tunggu trafik masuk.  Jika ada yang berminat dengan produk yang Sharifdez promote, adalah income yang akan masyuk.

Ahad, 14 Julai 2013

Buat Duit Tanpa Modal | Komisen Ke 10 JDR

0 teman memberi kata semangat.
Kelebihan buat duit tanpa modal di internet.  Dapat duit lagi dari JDR.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Selamat datang pengunjung Blog Sharifdez.  Sharifdez nak bercerita pasal duit lagi. Mesti anda juga nak duit kan. Alhamdulillah, rezeki dari Allah di bulan puasa.  Inilah salah satu kelebihan buat duit tanpa modal di internet.  Hari ini Penang cuti sempena Hari Jadi Yang Di-Pertuan Negeri Pulau Pinang.

Berbalik kepada soalan di atas “Kelebihan Buat Duit Tanpa Modal”.  Apa kelebihannya.  Tentu sekali rezeki tidak disangka-sangka.  Seperti hari ini Sharifdez cuti.  Jadi,  awal-awal pagi lagi dah online.  Bila buka gmail, terlihat email seperti ini, “Tahniah, anda dapat komisen”.  Tersenyum lebar lah dibuatnya.  Alhamdulillah.

Ini adalah komisen ke 10 dari JDR menjadikan jumlah keseluruhan komisen RM220.  Bagaimana komisen ini dijana?  Inilah salah satu kebaikan SEO. Entri yang Sharifdez post di blog ini dengan kata kunci ‘Kerja Di Rumah Tanpa Modal’ terus kekal di laman pertama Google.

Sabtu, 6 Julai 2013

Video Klip Kalau Aku Kaya | Altimet ft Awi Rafael | Lirik Lagu

0 teman memberi kata semangat.
Kalau aku kaya,  Hari hari hari raya,
    Bil-bil jiran keluarga,  Aku belanja selamba
Kalau aku kaya,  Aku beli segalanya,
    Bungkuskan semua,  Hadiahkan pada mama.

---------------ox0xo---------------
 

Bosan pulak malam minggu ni.  Layan Youtube terjumpa video klip terbaru Kalau Aku Kaya nyanyian Altimet dan Awi Rafael.  Pertama kali dengar lagu ni kalau tak salah ketika pencalonan baru Muzik-Muzik TV3 tempoh hari.

Jumaat, 5 Julai 2013

Buat Duit Cara Mudah Di Internet

1 teman memberi kata semangat.
Adakah terdapat cara mudah untuk buat duit di internet.  Hakikatnya memang sukar untuk buat duit mudah di internet.  Namun begitu, ada ramai mereka di luar sana sudah berjaya menghasilkan duit hanya menggunakan teknologi internet.
 

Baiklah, hari ini Sharifdez kongsikan pada anda satu laman web untuk buat duit cara mudah di internet ini.  Tapi sebelum tu, anda perlulah mempunyai blog.  Tidak kira lah blog peribadi, blog perniagaan atau blog pelbagai info.  Facebook dan laman sosial yang lain pun boleh juga.

Isnin, 1 Julai 2013

Cara Mudah Promosi Produk Clickbank

1 teman memberi kata semangat.
Salam sejahtera dan selamat datang.

Bagaimana cara mudah promosi produk Clickbank.

Adakah anda sedang mempromosikan produk Clickbank.  Jika ya, Sharifdez kongsikan satu laman web untuk anda promosikan produk Clickbank pilihan anda.
 

Sudah agak lama Sharifdez tidak promosikan Clickbank.  Jadi 2 hari lepas, Sharifdez gunakan semula laman web ini untuk melakukan promosi.  Tidak disangka, banyak juga trafik yang dapat dari laman ini.
 

Cermin Mata Transition | Cerah Boleh Bertukar Gelap | Testimoni

0 teman memberi kata semangat.
Transition cermin mata bertukar menjadi gelap bila terkena cahaya matahari.

Nak cerita pengalaman menggunakan cermin mata transition. Cermin transition ni mahal juga kosnya. Saya buat hari tu untuk cermin sahaja harganya RM600 lebih. Itu termasuk rabun silau dengan kos yang paling murah. Belum termasuk frame. Transition ni cermin yang akan bertukar menjadi gelap bila terkena cahaya. Ianya nipis, ringan dan tak mudah bercalar.
 

Mata saya memang tak tahan kena panas. Bukan sebab silau sahaja tapi ada selaput yang timbul di bahagian mata putih. Ianya akan terus merebak jika terkena panas.