Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Isnin, 30 September 2013

Rokok Naik Harga | 30 September 2013

1 teman memberi kata semangat.
Harga rokok naik lagi hari ini (30 September 2013).  Kenaikan harga rokok sebelum ini adalah pada 3 Jun 2013.  Pada perokok tegar, berita ini pastinya sedikit sebanyak meresahkan.  Baru sahaja mengatur perbelanjaan bulanan akibat harga petrol naik tempoh hari.  Kini terpaksa merangka semula perbelanjaan bulanan akibat harga rokok naik RM1.50


Kenaikan harga rokok perlulah diikuti dengan membenteras perdagangan rokok haram.  Kenaikan ini tidak memberi makna jika kerajaan terpaksa pula menanggung kos Kementerian Kesihatan untuk kempem anti rokok nanti.  Semua tahu rokok membahayakan kesihatan.  Rokok seludup lagi lah merbahaya kerana tidak tahu kandungan apa yang dimasukan ke dalam rokok tersebut.  Fikir-fikirkan…

Ahad, 29 September 2013

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2013 | Jadual Peperiksaan

0 teman memberi kata semangat.
Jadual peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Sekolah Agama 2013.

Minggu ini ( 30 September hingga 3 Oktober 2013 ) ada adik-adik yang akan mengambil UPKK.  Diharap adik-adik telah membuat persiapan rapi.  Sokongan dan dorongan ibu bapa juga perlu.  Tidur awal malam ini untuk bangun awal dengan semangat untuk menjawab kertas peperiksaan UPKK nanti.


Di bawah adalah Jadual Peperiksaan UPKK [Sumber].  

Khamis, 26 September 2013

Beli Online Samsung Galaxy Note 3 | RM1200

0 teman memberi kata semangat.
Samsung Galaxy Note 3 kini hadir lagi dengan beberapa fungsi baru, terutamanya memfokuskan kepada sokongan penggunaan S-Pen. Ia dilengkapi skrin bersaiz 5.7-inci Super AMOLED HD, dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean, cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz, dan dilengkapi kamera 13-megapixel. Ia turut membawakan beberapa fungsi baru, termasuk ScrapBook dan juga MyMagazine.


Di Malaysia, Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga RM2399, dan ditawarkan dengan sokongan rangkaian LTE. Tiada perancangan untuk peranti versi 3G untuk pasaran Malaysia buat masa ini. – Amanz.my 


Mahu beli Samsung Galaxy Note 3 dengan harga RM1200?

Selasa, 24 September 2013

Kerja Sambilan Di Rumah | Part Time Job

0 teman memberi kata semangat.
Anda sedang mencari kerja sambilan tanpa perlu keluarkan modal sesen pun.  Jika jawapan anda ‘YA’, Sharifdez ada satu laman web untuk dikongsikan pada anda.  Jika anda pernah datang ke blog ini, pasti anda sudah tahu laman web yang Sharifdez maksudkan.


Jika ini adalah kali pertama anda berkunjung ke sini, tahniah Sharifdez ucapkan.  Laman web yang ingin Sharifdez kongsikan ini mungkin dapat membantu meringankan beban kewangan anda setiap bulan.  Jika anda adalah suri rumah sepenuh masa, ambil lah peluang ini untuk membantu meringankan beban keluarga.

Selasa, 17 September 2013

Dapat Duit RM100 Dari JobDiRumah

0 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Hari ini (17.9.2013) Sharifdez dapat duit lagi dari Kliks Solution.  Duit ini adalah komisen kerana membantu mempromosikan laman web JobDiRumah.Com di Blog Sharifdez.  Komisen kali ini agak banyak berbanding komisen sebelum-sebelum ni.



Alhamdulillah syukur, rezeki rahmat pemberian dari Ilahi yang Maha Pemurah.

Jika tak salah perkiraan, ini mungkin komisen ke 13 dari JDR.  Komisen kali ini Sharifdez terima pada hari cuti hujung minggu yang lalu (15.9.2013).  Memandangkan hari cuti, mungkin ramai yang mengambil kesempatan membuat carian di internat untuk mencari kerja part time.

Isnin, 16 September 2013

Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal

0 teman memberi kata semangat.

Bagaimana cara berniaga dari rumah tanpa modal?

Adakah persoalan ini bermain di fikiran anda.  Jika anda mencari penyelesaian untuk masalah ini, mungkin panduan dari saudara Najib Asaddok ini dapat merungkaikan permasalahan anda.

Anda ingin berniaga tetapi tiada modal.  Dropship adalah salah satu jalan penyelesaian  selain daripada membuat pinjaman bank.


Dropship konsepnya mudah. Dropship ialah teknik pembekalan di mana kita sebagai penjual tak perlu simpan stok tetapi bila ada pembelian dari pelanggan kita, pembungkusan akan dibuat oleh pembekal dan mereka terus menghantar kepada pelanggan kita. Sebagai penjual kita mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.  Mari kita lihat dengan lebih jelas.

Ahad, 15 September 2013

Pesta Bola Merdeka Malaysia vs Myanmar 2013 | Video Gol

0 teman memberi kata semangat.
Video Jaringan Gol Malaysia vs Myanmar di perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013.  Keputusan penuh Malaysia 2 – 0 Myanmar.  Jutaan tahniah buat semua pemain Malaysia.  Hadiah bermakna buat peminat setia bola sepak Malaysia.


Jom saksikan 2 jaringan gol perlawanan Malaysia vs Myanmar.

Khamis, 12 September 2013

Kejadian Tembak Menembak Di Tesco Cheng

0 teman memberi kata semangat.
Gambar lokasi kejadian tembak menembak yang berlaku di Tesco Cheng, Melaka.

 Salam sejahtera.  Hari ini balik dari kerja dan masuk ke blog ini, Sharifdez terpandang satu carian yang masuk ke blog ini iaitu ‘sayangi melaka kejadian tembak tesco cheng terkini’.  Seperti biasa Sharifdez akan cuba buat carian serupa.  Di bawah adalah hasil yang Sharifdez temui.


Kes tembak menembak telah berlaku di Tesco Cheng hari ini.  Di bawah Sharifdez salin semula dari blog ‘PhatCorner’.

--------------------ox0xo--------------------

Maklumat awal.

Isnin, 9 September 2013

Cara Buat Duit RM100 Sehari | SSN Network

0 teman memberi kata semangat.
Bagaimana mahu buat duit RM100 sehari dari internet?

Hari ini Sharifdez bawakan topik pasal buat duit online lagi.  Dah bosan dengar pasal buat duit online di Blog Sharifdez ni, kan.  Kalau ya, mesti poket anda selalu penuh.

Baiklah, kalau anda jenis yang ‘hujung bulan pecah duit tabung’ atau ‘selongkar laci cari duit syiling’, mungkin laman web ini boleh bantu anda mengurangkan beban kewangan setiap bulan.

Jadi Reseller SSN Network

Rabu, 4 September 2013

Video Klip Takkan Terpisah | Black Mentor

0 teman memberi kata semangat.
Lagu terbaru dari Black Mentor, Takkan Terpisah.  Pertama kali dengar lagu Takkan Terpisah ni, Sharifdez dah tangkap lentok.  Suara unik dari Black sendiri membuatkan lagu ini cepat meresap ke dalam jiwa.  Buah tangan untuk peminat Black.


--------------------ox0xo--------------------
Lirik Lagu Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Isnin, 2 September 2013

Harga Petrol RON95 Naik 20 Sen | 3 September 2013

0 teman memberi kata semangat.
Video Pengumuman Kenaikan Harga Petrol RON95.

Salam sejahtera.  Mungkin ramai yang telah tahu tentang kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 Sen ini, kan.  Kalau yang tak tahu, mari baca dan lihat sendiri pengumuman dari Perdana Menteri.



--------------------ox0xo--------------------
PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 Sen bermula tengah malam ini (3 September 2013).  Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.