Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Selasa, 18 Mac 2014

Buat Duit Online Tanpa Modal

Cara buat duit online tanpa modal.

Anda tercari-cari cara buat duit online tanpa keluarkan modal? Jika ya, Sharifdez mahu kongsikan satu laman web ini.  Pendapatannya tak seberapa pun.  Hanya beberapa dolar sahaja.  DOLAR?

Ya, dolar.  Ini adalah website dari luar negara.  Laman web ini adalah untuk kita dapatkan trafik ke blog.  Jika anda ahli yang aktif, anda boleh dapatkan sedikit imbuhan dengan aktiviti melayari internet.


EasyHits4u ialah laman web untuk dapatkan visitor a.k.a pelawat ke laman blog anda. Tugasan anda ialah melayari laman web / blog ahli yang lain.  Apabila tugasan anda selesai, anda akan diberikan kredit.  Kredit yang anda terima boleh ditukarkan untuk mendapatkan pelawat ke blog anda pula.

Sekiranya anda aktif dan melayari banyak laman web ahli yang lain, anda akan diberikan bonus sebanyak $0.30 selepas melayari 1000 laman web.  Apabila bonus anda sudah mencapai $3.00, anda boleh pindahkan ke akaun PAYPAL.

Bukan itu sahaja, jika anda rajin perkenalkan EasyHits4u ini pada rakan-rakan atau sesiapa sahaja di internet ini, anda akan diberikan komisen sebanyak $0.10 untuk seorang teman.  Pasti anda boleh ajak ramai teman kerana EasyHits4u ini servisnya adalah PERCUMA.

Jika mahukan lebih banyak kelebihan, anda boleh jadi ahli berbayar.  Boleh lihat di bahagian UPgrade untuk mengetahui kelebihan menjadi ahli berbayar.

Sharifdez aktif di penghujung bulan Januari 2014 lalu.  Di atas adalah bonus yang Sharifdez dapat.  $1.20.  Hehehee, sikit nya.  Oklah tu kan.  Kalau tukar ke RM dah berapa. RM3.60 rasanya.

Anda nak cuba juga buat duit online tanpa modal ni?
Maklumat lanjut anda boleh KLIK DI SINI...


Entri Sebelum Ini :-
Tingkatkan Trafik Blog Sambil Buat Duit

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.: