Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Khamis, 24 April 2014

Blog Kena Padam | Sedihnya

Adoi, blog kena padam lagi.

Usaha selama 2 ke 3 tahun punah macam tu sahaja.  Inilah masalah kalau namanya menumpang.  Senang-senang ja kena tendang kalau tuan kedaun dah tak suka.


Sejak hujung tahun 2009 Sharifdez berjinak-jinak dengan dunia blog ni, entah berapa banyak blog yang Sharifdez hasilkan berkubur macam tu sahaja.  Sudah la kata kunci yang Sharifdez gunakan tu banyak persaingan.  Bila dah hampir-hampir nak dapat berada pada kedudukan yang baik, tetiba sahaja blog tersebut dipadam.


Bengang memang bengang, tapi apakan daya.  Dah adat menumpang.  Nak buat blog berbayar tak mampu.  Maklumlah, pendapatan dari internet ni belum seperti yang Sharifdez harapkan.

Cuma sedih la juga, masa dihabiskan bertahun lebur macam tu sahaja.  Ini yang buat ramai blogger patah semangat.  Nak bermula dari bawah balik dah hilang semangat.

Tapi, demi mencari sedikit pendapatan sampingan di dunia tanpa sempadan ni, terpaksalah Sharifdez mulakan semula dari bawah.

Harap-harap blog Sharifdez yang ni tak terima nasib sama seperti blog-blog Sharifdez yang lain.


..: Mood sedih dan murung :..

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.: