Salam Sejahtera. Terima kasih berkunjung ke Blog Sharifdez.
Sumber Gambar Dari Google Image |
AEON Mall Bukit Mertajam dekat tempat Sharifdez tinggal sudah dibuka hari ni (4 Jun 2014). Macam tak percaya sahaja. Rasa seperti baru bulan lepas pembinaan dimulakan, sedar tak sedar dah buka pun AEON Mall ni.
Pesat benar pembangunan di sekitar kawasan tempat tinggal Sharifdez ni. Sebelum ni Tesco Alma juga telah dibuka berhampiran kawasan ini. Hari ini AEON Mall pula dibuka pada semua orang.
Sumber Gambar Dari Google Image |
Balik kerja tadi patut la sesak sangat jalan raya di kawasan ini. Sharifdez pun terlupa AEON Mall Bukit Mertajam ni sudah beroperasi. Cuti hari minggu nanti kalau ada kelapangan nak juga Sharifdez pergi melihat-lihat suasana di dalam AEON Mall ni.
Sumber Gambar Dari Google Image |
Pada penduduk di sekitar ALMA dan kawasan berdekatan boleh la berkunjung beramai-ramai. Kalau terjumpa Sharifdez, tegur-tegur lah ya. ( Macam la Sharifdez ne popular seperti artis terkenal tu, heheheeee).
Website : AEON Retail Malaysia
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: