Anda mempunyai produk atau laman web untuk dipromosi? Pengiklanan adalah salah satu cara untuk memberitahu produk atau web anda pada orang ramai. Namun begitu, sanggupkan anda mengeluarkan modal beribu ringgit? Pengiklanan itu pula belum tentu menjanjikan keuntungan.
Iklan percuma merupakan salah satu cara memperkenalkan web atau produk anda. Namun begitu, jika iklan yang anda hasilkan tidak dapat dilihat, masa yang anda habiskan untuk melakukan promosi akan terbazir begitu sahaja.
Jika anda ingin tahu bagaimana Sharifdez promosikan sebuah produk Clickbank dan menghasilkan pendapatan dari produk tersebut, boleh teruskan membaca.
Pernahkah anda mendengar berkenaan Google Adwords? Ya, laman iklan percuma yang ingin Sharifdez perkenalkan ini ada sedikit persamaan dengan Google Adwords. Bezanya, web ini menawarkan iklan secara percuma.
Sebagai permulaan selepas anda mendaftar, 2500 teks iklan akan diberi secara percuma. Selepas mendaftar, apa yang perlu anda buat ialah letakkan iklan teks seperti contoh di bawah pada web atau blog anda.
Ini supaya kredit pada akaun iklan percuma anda dapat ditambah. Kemudian, buat iklan teks anda dan tunggu iklan diluluskan. Itu sahaja, begitu mudah.
Bagaimana iklan teks percuma ditambah ke akaun anda?
Sebagai contoh, jika seorang pelawat berkunjung ke blog anda, selepas itu pelawat tersebut membaca 3 entri di blog anda, maka 3 teks percuma akan dikreditkan ke akaun anda. Jika pelawat tersebut klik pada iklan di blog anda, 1 kredit akan diberi.
Jika anda perasan, Sharifdez ada letakkan iklan di bawah blog ini. Kebanyakan iklan adalah dalam bahasa English. Jika anda mempunyai produk berbahasa English, boleh cuba beriklan di sini. Iklan berbahasa Malaysia juga diterima. Anda cuma perlu tetapkan Malaysia sebagai target pengiklanan anda.
Gandakan kredit di akaun pengiklanan anda.
Bagaimana caranya? Apa yang anda perlu buat adalah promosikan sahaja di blog seperti yang Sharifdez lakukan (entri yang anda tengah baca ini ). Cuba lihat berapa banyak iklan anda akan dilihat sehari melalui gambaran di bawah.
Berminat, klik di sini atau banner di bawah untuk mendaftar.

Selamat beriklan dan selamat menjana pendapatan.
.
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: