Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Ahad, 29 Julai 2012

Beli Tudung Online | Tudung Labuh.

1 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Ada sesiapa nak beli tudung secara online?  Bagaimana nak beli tudung di internet?


Pasti ada yang bertanya dalam hati bagaimana nak beli tudung secara online.  Mereka yang pernah membeli secara online, pasti telah mengetahui mudahnya membeli secara dalam talian ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah masuk ke laman berkenaan, pilih produk yang anda suka, isi borang tempahan dan buat bayaran (secara online atau bank-in di mesin ATM).  Selepas bayaran disahkan, produk akan segera dihantar terus ke rumah anda (atau ke mana-mana alamat yang anda telah berikan) melalui Pos Ekspress atau servis penghantaran lain. Contoh : Skynet.

Sharifdez ada menemui sebuah laman web menjual tudung secara online.  Laman web itu ialah Butik Inspirasihana.  Tudung-tudung yang di jual cantik-cantik dan menarik.  Jika berminat, boleh ke laman berkenaan dengan klik pautan di bawah. Selamat bershopping online.



P/S : Klik ‘like’ jika suka info ini. Terima kasih.

Rabu, 25 Julai 2012

Cara Buat Duit | Cari Duit Lebih.

4 teman memberi kata semangat.
Cara buat duit, jumlah komisyen RM581400.  Bagaimana cara mudah buat duit di internet?  Persoalan ini pasti pernah terlintas di fikiran anda, kan.


Sharifdez ada juga tercari-cari cara buat duit di internet ni.  Banyak panduan dikongsikan di blog berkaitan cara buat duit.  Masalahnya, panduan tersebut terlalu ringkas dan ada kalanya terlalu rumit pula untuk difahami.

Ahad, 15 Julai 2012

Eyriqazz VS Denaihati VS Sharifdez.

0 teman memberi kata semangat.
Cabaran SEO Eyriqazz VS Denaihati semakin sengit dan mencabar.  Selepas hampir seminggu bertahan di laman pertama Google, akhirnya Sharifdez terpaksa akur dengan kehebatan pakar-pakar SEO. Jurus-jurus dikeluarkan memang tidak dapat ditandingi blog Sharifdez yang berusia setahun jagung ni.

Kredit to eyriqazz.com

Namun begitu, ada khabar gembira dari Alexa.  Statistik blog Sharifdez di Alexa telah melonjak naik dan menempatkan blog Sharifdez di kalangan 10 ribu blog Malaysia terbaik.  Tersenyum lebar pagi ni.


Takut pula tengok statistik Alexa dua otai ni. Huhuhu...

Pendahulu Cabaran SEO Eyriqazz VS Denaihati setakat jam 11 pagi (15/7/2012).
P/S : Tabik pada otai forblogger, entri ringkas dan sekeping gambar dah mampu umpan pak cik Google. J

Sabtu, 7 Julai 2012

Eyriqazz VS Denaihati

14 teman memberi kata semangat.
Eyriqazz VS Denaihati.  Siapa bakal bergelar juara?  Pemenang akan menerima trofi bernilai RM500 ribu beserta loket emas.  20 000 penonton dijangka akan menyaksikan perlawanan antara eyriqazz dan denaihati.

Eyriqazz VS Denaihati, pertarungan paling sengit tahun ini (2012).  1 September 2012 akan melakar satu lagi sejarah….(nak taip apa lagi ek).


Hehehe.. Entah apa lah yang Sharifdez tengah temberang ni.  Sebenarnya Sharifdez ada terbaca satu entri di blog bro KizMyseLF tadi, (Cabaran SEO, Sekadar Mencuba Kemampuan Di Enjin Carian).  Bab-bab SEO ni memang Sharifdez suka sesangat.

Lepas dah baca, baru tahu ada blogger buat cabaran SEO.  Kalau nak buat entri bebas, macam ni lah jadinya.  Entri merapu.  Hehehe.  Agak-agak, entri merapu macam ni boleh melekat tak di laman pertama Google dengan kata kunci “Eyriqazz VS Denaihati”.


Ahad, 1 Julai 2012

Statistik Blog Bulan April, Mei Dan Jun 2012.

2 teman memberi kata semangat.
Salam sejahtera.

Statistik blog.  Mungkin itulah rutin harian atau bulanan seorang bergelar blogger.  Turun naiknya statistik blog kadang kala boleh membuatkan seseorang blogger itu termenung jauh dan kekadang tersenyum sendirian.

Bagi Sharifdez, peningkatan trafik a.k.a pengunjung ke blog membuatkan hati Sharifdez berbunga-bunga.  Ini menunjukkan entri yang dihasilkan di blog ini mendapat perhatian.  Namun begitu, pengunjung yang datang mungkin berlalu pergi tanpa mendapat apa-apa ilmu atau pengetahuan di sini.

Maklumlah, untuk menghasilkan entri yang berkualiti memerlukan masa dan ilham.  Sebab itu lah untuk 3 bulan ini (April, Mei dan Jun), hanya beberapa entri sahaja dihasilkan.  Itu pun entri dari blog lain yang diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.

Aktiviti blogwalking dan terjah menerjah ke blog rakan-rakan dah agak lama tidak dilakukan.  Rakan-rakan baru yang follow blog Sharifdez pun belum sempat nak selongkar blog mereka.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik