Salam sejahtera.
Statistik blog. Mungkin itulah rutin harian atau bulanan seorang bergelar blogger. Turun naiknya statistik blog kadang kala boleh membuatkan seseorang blogger itu termenung jauh dan kekadang tersenyum sendirian.
Bagi Sharifdez, peningkatan trafik a.k.a pengunjung ke blog membuatkan hati Sharifdez berbunga-bunga. Ini menunjukkan entri yang dihasilkan di blog ini mendapat perhatian. Namun begitu, pengunjung yang datang mungkin berlalu pergi tanpa mendapat apa-apa ilmu atau pengetahuan di sini.
Maklumlah, untuk menghasilkan entri yang berkualiti memerlukan masa dan ilham. Sebab itu lah untuk 3 bulan ini (April, Mei dan Jun), hanya beberapa entri sahaja dihasilkan. Itu pun entri dari blog lain yang diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.
Aktiviti blogwalking dan terjah menerjah ke blog rakan-rakan dah agak lama tidak dilakukan. Rakan-rakan baru yang follow blog Sharifdez pun belum sempat nak selongkar blog mereka.



