Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Jumaat, 30 September 2011

Kindle Fire | Produk Terbaru Amazon | Pesaing iPad.

3 teman memberi kata semangat.

Amazon telah tampil dengan produk terbaru mereka iaitu Kindle Fire.  Kindle Fire ini dikatakan akan menjadi pesaing baru iPad dari Apple.

Amazon, syarikat jualan dalam talian gergasi menyatakan, Kindle Fire yang skrinnya berukuran 17.78 sentimeter hanya bernilai AS$199 (RM629) dan akan mula dipasarkan pada 15 November ini.  Kindle Fire mempunyai ciri-ciri menyerupai iPad dan dikuasakan oleh perisian Android milik Google.


Samsung Galaxy Tab 10.1 Review | Berbaloi Atau Tidak?

0 teman memberi kata semangat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni Sharifdez nak buat review mengenai gadget yang sedang menjadi rebutan ramai ketika ini iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 (layak ka nak buat review ni, huhu).

Perkembangan teknologi yang semakin maju dan baik menjadikan tablet kini satu perkara asas.  Penggunaan tablet PC telah banyak mengubah kehidupan kita.  Tidak lama lagi, tablet tidak akan menjadi suatu barang mewah. Sebaliknya sesuatu yang mesti dimiliki kerana dapat memudahkan segala urusan.


Khamis, 29 September 2011

Konsert 2 Raksasa 2011 | Gegar Stadium Merdeka.

0 teman memberi kata semangat.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 1 Oktober 2011 nanti, Stadium Merdeka akan digegarkan dengan Konsert 2 Raksasa. Konsert ini akan menampilkan dua nama besar dalam industri muzik tanah air iaitu Blues Gang dan Sweet Charity. Konsert 2 Raksasa ini sudah pasti bakal meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peminat mereka.


“Fokus kami ketika ini adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat agar memori kali ini terpahat di minda mereka buat selama-lamanya”.

Letupan Empire Shopping Gallery Subang | Lokasi Kejadian.

1 teman memberi kata semangat.

Assalamualaikum | Salam 1 Malaysia

Semalam (28 Sep 2011) Malaysia digemparkan dengan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery Subang.  Kejadian letupan yang berlaku jam 3.40 pagi itu menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah termasuk rangkaian cafe terkenal.  Letupan itu juga turut menyebabkan 4 orang tercedera.


Rabu, 28 September 2011

Hot | Gambar Wawa Zainal Seksi.

0 teman memberi kata semangat.

Salam Sejahtera | Salam 1 Malaysia

Siapa Wawa Zainal?  Kalau yang belum tahu, inilah pelakon drama Ana Lulu TV3.  Melodi TV3 telah bertanya isu penyebaran gambar seksi Wawa Zainal atau Nurul Hawa Binti Zainal Abidin ini, katanya itu gambar lama dan dia sendiri tidak sedar bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar.


Selasa, 27 September 2011

Album Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza | All Your Love.

1 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa di sini peminat tegar Dato’ Siti Nurhaliza?  Jika ada, pasti anda sudah tahu akan pelancaran album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza iaitu ‘All Your Love’.  Petang semalam (26 Sep 2011), pelancaran rasmi album Inggeris pertama Siti Nurhaliza telah berlangsung di Starhill Gallery, KL.


Album ini mempertaruhkan 10 buah lagu yang mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik.  Album ini turut menampilkan Sean Kingston sebagai artis undangan.  Mungkin ini strategi yang telah diatur untuk mendapatkan perhatian penggemar muzik luar negara.

Isnin, 26 September 2011

Bikin Panas | Farid Kamil Ayahanda PE3

6 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Farid Kamil jadi Ayahanda?  Biar betul.  Tak serik lagi ka dah ditegur Ayahanda tempoh hari.  Makin dilarang makin menjadi anak muda ni.  Kali ni nak jadi Ayahanda pertubuhan mana pulak. PE3??


Muaa hahaha…  Jangan bikin panas.  Kalau tak tahu hujung pangkal jangan main terjah ja.  Tak pasal-pasal nanti Ayahanda Farid Kamil saman blog Sharifdez pula (:

Terbaca entri ‘Bila FARID KAMIL dijadikan AYAHANDA’ di blog Ben Ashaari tadi, tapi tak jelas pula.  Apa lagi, kena tanya Ayahanda Google la. Rupa-rupanya…

Ahad, 25 September 2011

Nuffnang CPC | Kingston Happy Birthday To Wife.

6 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA.

Murah rezeki di pagi minggu yang tenang ni.  Ada pengunjung yang berminat pada iklan Nuffnang yang menari-nari di blog Sharifdez ni.  Walaupun blog Sharifdez masih belum mendapat BE, sekurang-kurangnya masih ada rezeki.  Terima kasih Nuffnang dan tidak lupa kepada penaja Kingston Happy Birthday To Wife.

Seperti biasa Sharifdez akan buat carian di Google untuk tahu serba sedikit pasal Kingston Happy Birthday To Wife ni.  Melalui carian Google, terjumpa lah beberapa blogger yang turut mendapat BE Nuffnang.

Jumaat, 23 September 2011

Usahawan Prepaid | Dapat Duit Dari Handphone.

7 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Dapat duit dari handphone?  Bagaimana nak dapatkan duit dari handphone?  Selalunya kalau kita guna handphone, habis duit lagi ada la, kan.  Tambahan lagi yang suka ‘bergayut’ lama-lama (selalunya yang tengah masyuk bercinta la).  Jadi, bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan hanya melalui handphone kesayangan anda tu.


Sebelum ini Sharifdez ada buat satu entri bertajuk ‘Dapat Prepaid Top Up Percuma Setiap Minggu'.  Kali ni Sharifdez bercakap pasal ‘Dapat Duit Dari Handphone’ pula.  Kenapa?

Siapa Mampu Mencabar Kedudukan Blogger Ni?

0 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Selamat berbloging kepada yang sedang online ketika ini.  First, terima kasih kepada anda kerana sudi singgah di blog Sharifdez.

Sebelum ini pada setiap hari Khamis atau Jumaat, Sharifdez akan umumkan blog yang membawa trafik terbanyak ke blog ini.  Namun semenjak sebulan lebih yang lalu, blog tersebut terus bertakhta di blog ini tanpa mampu diganggu gugat oleh sesiapa lagi.

Sumber dari Google Image.
Jadi, pada minggu ini (23 hingga 29 September 2011), Sharifdez ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang rasa mampu mencabar kedudukan blog tersebut.  Apa yang anda perlu lakukan adalah buat apa-apa sahaja entri mengikut citarasa anda, kemudian linkkan ke entri ini.  Jangan lupa tinggalkan pautan entri anda pada ruang komen.

Rabu, 21 September 2011

Bro Ahmad | Saingan Makin Sengit.

5 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Sebelum ni Sharifdez menyertai cabaran SEO yang dijalankan Bro Ahmad dari trioseposen dot com.  Persaingan nampaknya semakin sengit.  Kata kunci yang dipertaruhkan adalah ‘BRO AHMAD’.

Nampaknya tajuk entri ‘Blogger Bro Ahmad Ajak Bermain SEO’ gagal untuk bertahan di laman pertama Google.  Entri berkenaan dah jauh ditelan ke laman terkebelakang. Huh, sedih jugak.  Tapi tak mengapa, itu memberi semangat untuk Sharifdez mencuba lagi.


Selasa, 20 September 2011

Nuffnang CPC Ke 6 | SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 inch Melekat-lekit di Blog Sharifdez.

2 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Bertemu lagi kita kali ini.  Terima kasih yang tak terhingga kerana anda sudi berkunjung ke Blog Sharifdez yang tak seberapa ini.  Tanpa anda, tiada lah seri blog ini.

Kali ini Sharifdez nak berkongsi cerita BE yang Sharifdez terima dari Nuffnang. Opsss, lupa lagi.  Bukan BE ya tapi CPC.  Blog Sharifdez belum dapat lagi BE.  Entah bila agaknya Nuffnang nak pandang blog ni.  Sharifdez dah hantar tiket pertanyaan kepada Nuffnang.  Belum tahu lagi apa respon mereka.  Kalau dapat nanti Sharifdez akan beritahu melalui blog ni, ok.

Blogger Bro Ahmad Ajak Bermain SEO.

4 teman memberi kata semangat.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Siapa Bro Ahmad? Ada sesiapa yang kenal dengan blogger Bro Ahmad? Sharifdez selalu juga berkunjung ke blog Bro Ahmad ni (tipu). Nak komen pun tak tahu nak komen pasal apa. Walaupun blognya nampak simple, tapi ada banyak info berkenaan SEO.

SEO ni apa benda pulak? Sharifdez nak terangkan secara terperinci pun Sharifdez bukan arif sangat benda-benda lah ni semua. Salah nanti, buat malu ja. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk blog Bro Ahmad.

Rabu, 14 September 2011

Langkah Mudah : Dapat Prepaid Top Up PERCUMA Setiap Minggu.

8 teman memberi kata semangat.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Sebelum ini ramai yang resah akan cukai 6 peratus yang dikenakan ke atas prepaid top up dan pek permulaan prabayar.  Namun terdapat sedikit kelegaan apabila cukai ini ditangguhkan sementara.

Bagaimana jika syarikat - syarikat telekomunikasi ini tetap mahu mengenakan cukai tersebut?  Mungkin di penghujung tahun ini atau awal tahun depan.  Bagi mereka yang menggunakan pada kadar yang rendah, mungkin tidak terasa akan cukai yang dikenakan.


Bagaimana yang kerap menggunakannya.  Nak guna yang pasca bayar, takut bulan-bulan pening kepala pula nak bayar.  Adakah cara untuk anda dapatkan prepaid top up ini pada harga yang murah, atau mungkin PERCUMA?

Berbaloi : Jom Shopping Tudung di Rdinique Shoppe.

0 teman memberi kata semangat.

ASSALMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Apa khabar anda hari ini. Diharap sihat sentiasa.  Sharifdez kurang sihat sedikit.  Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu sekarang ni.

Ok lah, Sharifdez tak mahu buang masa anda yang beharga tu.  Anda datang ke blog ini mungkin sebab nak shopping tudung baru kan.  Mungkin persiapan untuk perayaan yang akan datang.


Sharifdez ada sebuah blogshop untuk di’preview’kan di sini.  Melalui pemerhatian sepintas lalu, banyak pilihan tudung dan selendang yang terdapat di Rdinique Shoppe ni.  Tetapi kebanyakannya adalah limited  design.  Jadi anda harus beli segera tudung-tudung yang ditawarkan.  Jika terlewat, anda mungkin terlepas design tudung yang anda minati.

Selasa, 13 September 2011

Hebat : Dapat Trafik Tanpa Henti Dari 3 Gergasi.

1 teman memberi kata semangat.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Trafik, trafik, trafik?  Apa pentingnya trafik pada sesebuah blog?

Pada mereka yang masih baru dengan blog, pasti tak ambil tahu sangat pasal trafik blog ni kan.  Betul ka apa yang Sharifdez nyatakan ni.  Mungkin sama seperti Sharifdez dulu.

Singgah ke blog orang lain, follow kemudian jerit kat shoutbox minta follow balik blog kita.  Mesti pernah kan buat macam tu.  Sharifdez dah tak buat perkara tu lagi sebab Sharifdez sedar, jika entri yang kita hasilkan bosan dan meleret-leret, tiada siapa yang akan follow blog kita.  Ditambah pula keadaan blog yang tak terurus, bertambah la peluang untuk blog kita dijauhi.

Eh, macam dah lari pulak dari tajuk asal, hehehe.

Isnin, 12 September 2011

Terpesona Lagi : Siapa Pula Gadis Comel dan Cute Ni.

5 teman memberi kata semangat.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Apa khabar anda hari ini.  Semoga sihat sentiasa hendaknya.  Barulah boleh datang selalu ke blog sharifdez ni. (:

Ada sesiapa kenal gadis cantik dan comel di bawah ni.  Comel betul gadis ni kan.  Sharifdez dah beralih arah apabila mengetahui gadis cantik sebelum ini adalah palsu.  Gambar-gambarnya telah diedit, bukan asli.  Tapi orangnya masih cantik juga.

Siapa pula gadis yang telah berjaya mencuri pandangan Sharifdez kali ini. 

Comel kan gadis ni.

Ahad, 11 September 2011

Supermodel Terkenal Tanah Air Mahu Bersara?

6 teman memberi kata semangat.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Seorang model terkenal dikatakan mahu bersara.  Apa puncanya?

Beliau sudah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia peragaan dan mempunyai lebih 400 orang pelajar di kesemua cawangan akademinya.

Satu tempoh yang agak lama dalam dunia modeling ini.

Menurut beliau lagi, dia berbuat demikian bagi memberi peluang pada model-model generasi baru untuk menceburkan diri dalam dunia peragaan.  Seterusnya mengecapi kejayaan yang diinginkan.

Beliau juga sudah bergelar ibu.  Adakah itu juga salah satu faktor beliau ingin bersara?  Bagi anda yang mengikuti perkembangan terkini supermodel ini, sudah pasti anda tahu siapa yang Sharifdez maksudkan.

Sabtu, 10 September 2011

Terpesona Seketika : Siapa Sebenarnya Gadis Cantik Lagi Comel Ni?

10 teman memberi kata semangat.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Ada sesiapa tahu siapa gadis cantik di bawah ni.  Di mana rumah dia?  Berapa no telefon dia?  Berapa umur dia? Sharifdez dah berkenannnn sangat.  ( :


Hah. Tengok sikit-sikit sudah.  Jangan jadik macam Sharifdez ni.  Dah terjatuh canton plak.  Huhuhu…  Mana lah datangnya gadis-gadis cantik ni.  Tapi diorang ni mana lah nak pandang Sharifdez ni kan.

Opss… cukup.  Nak bersentimentol pulak Sharifdez ni.


Ahad, 4 September 2011

Blogwalking : Trafik Jatuh Menjunam Kerana...

10 teman memberi kata semangat.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Apa khabar teman hari ini.  Masih dalam mood beraya ka?

Hari ini Sharifdez nak blogwalking ke blog teman-teman baru yang dah sertai blog Sharifdez ni.  Sebenarnya dah lama mereka join, tapi tak sempat nak senaraikan di sini.  Tapi sebelum tu, nak kabarkan sikit trafik blog ni pada bulan lepas (Ogos 2011)

Trafik Blog Jatuh Merudum. Macam Main Saham Pula. Hehe.

Aduh, apa dah jadi pada blog ni.  Trafik dah jatuh menjunam ke gaung yang dalam.  Huhuhu.  Itu lah penangan bulan Ramadhan.  Orang puasa, blog pon sama-sama puasa.  Bulan Ramadhan, mata nak kena puasa jugak.  Bila blogwalking nanti tertengok gambar yang bukan-bukan pulak.  Kurang sudah pahala puasa tu. Betul tak?

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez