IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2017

Sejati Faizal Tahir | Video Klip dan Lirik Lagu

0 kata semangat
Biar mati ku mencuba demi bahagia
     Biar sakit dilukai dapat ku rasa
Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
     Biar selamanya mencari cinta sejati (sejati)
- - - - - - - - - -


Itu antara bait-bait kata dalam lagu Sejati nyanyian Faizal Tahir.  Ketika post ini ditulis video klip Sejati ini sedang top 4 trending di YouTube.  Video ini baru sahaja 5 hari (17 Januari 2017) dimuat naik ke Youtube dan telah ditonton lebih dari 510 000 kali.


Isnin, 21 Oktober 2013

Al Haq Yang Satu | Mawi feat AC Mizal | Video Klip | Lirik Lagu

0 kata semangat
Al Haq, lagu nyanyian Mawi dan AC Mizal yang sedang ngetop dimainkan di radio-radio tempatan.  Selalu anda dengar sahaja lagu Al Haq ( Yang Satu ) di radio tapi tak dapat hayati lirik lagu.  Hari ni Sharifdez letakkan lirik lagu Al Haq di blog ini beserta video klip yang baru dilancarkan di YouTube (15.10.2013).


Lepas ni boleh la nyanyi sekali di tempat kerja anda.  Layannn…


Lirik Lagu Al Haq ( Yang Satu )
-----------------------------------------

(AC Mizal)
Ya Allah berikanlah daku petunjuk,
Agar bisaku meneruskan hidupku,
Agar bisaku berjalan di jalan yang lurus,
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya ku pernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa, Dibawa dosa pahala,
Hidup di dunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

Rabu, 8 Mei 2013

Kenapa Gadis Comel Buat Gwiyomi | Digi Kpop Contest

0 kata semangat
Kenapa ramai gadis comel suka buat video Gwiyomi?

Salam sejahtera peminat gadis Gwiyomi.  Seminggu dua yang lalu, ramai gadis cantik dan comel muat naik video Gwiyomi ke Youtube.  Fenomena gadis Gwiyomi (comel) bukan sahaja di kalangan orang biasa, artis popular pun terkena demam gwiyomi ni.
 


Maka penuh la video Gwiyomi di Youtube tu.  Ada yang suka, ada yang naik muak.  Macam-macam komen keluar yang kadang kala menyakitkan hati untuk dibaca.

Khamis, 28 Mac 2013

Video Klip Bahagiamu Deritaku | Hafiz AF7

1 kata semangat
Lirik lagu dan video klip Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz

Salam sejahtera.  Anda dah tengok video klip terbaru dari pemenang anugerah vokal terbaik ni.  Siapa lagi kalau bukan Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano tu.
 
Kredit to Google Image | Hafiz AF7
Lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz sudah lama dimainkan di radio tapi minggu lalu (18 Mac 2013) kalau tak silap Sharifdez, video klip Bahagiamu Deritaku telah dimuat naik ke Youtube.

Kalau yang putus cinta kerana orang ketiga, jangan tengok video klip ni.  Nanti luka lama kan berdarah kembali.  Huhuhuu.  Apa-apa pun memang layan video klip ni sebab kualiti video yang baik dan pemandangan yang memukau.  Orang Penang cakap, memang perrrhhhh. Hehehee.

Anda minat Hafiz?
Jangan lupa share video ini dengan rakan-rakan. V(o_o)

Selasa, 26 Mac 2013

Sayang Shae Versi Lelaki | Jawapan Sayang | Mr Bie

0 kata semangat
"Sayang aku baik selalu, Janganlah kamu risaukan aku;
  Ku harap kamu pun baik di situ, kerna diriku selalu mendoakanmu"…

Itu antara bait-bait lagu yang dinyanyikan Mr Bie sebagai jawapan balas kepada kekasihnya Shae yang kerinduan.
 


Hehehee, suka-suka jer deorang ney.  Tapi layan juga lagu ‘Jawapan Sayang’ versi Mr Bie ni.

Ahad, 20 Januari 2013

Sahabat | Najwa Latif ft Sleeq | Syamkamarul | Video Klip

2 kata semangat
Video Klip Sahabat – Najwa Latif

Kau lah yang di situ, Setia menunggu ku
    Kau lah yang satu, Menjadi sahabatku

ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA


Sahabat - Rakan atau teman yang paling rapat dengan kita.  Sahabat tidak semestinya terdiri dari rakan-rakan kita.  Ahli keluarga kita juga boleh menjadi sahabat kita.

Tentu seronok kan mempunyai sahabat yang dapat memahami dan menemani kita di kala suka dan duka.

Seminggu dua ni Sharifdez kerap dengar lagu Sahabat nyanyian Najwa Latif di radio Sinar FM.  Semakin hari rasa syiok  pula layan lagu Sahabat ni.  Memandangkan esok cuti, malam ni Sharifdez godek-godek kat Youtube.  Rupanya video klip sahabat dari Najwa Latif ni dah lama di upload di YouTube.

Jom hayati lirik lagu dan video klip Sahabat dari Najwa Latif ft Sleeq di bawah.

Jumaat, 28 Disember 2012

Video Klip 150 Juta | Ainan Tasneem

0 kata semangat
Untuk kali ke seratus lima puluh juta,
     Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
     Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda pertama kali berkunjung ke Blog Sharifdez, selamat datang Sharifdez ucapkan.


Ok, anda datang ke sini mesti nak layan video klip lagu 150 Juta nyanyian Ainan Tasneem, kan.  Hari ini (28 Disember 2012), lebih kurang jam 8 malam tadi Ainan Tasneem telah war-warkan video klip 150 Juta sudah dimuat naik ke laman Youtube.


Isnin, 7 Mei 2012

Majlis Pernikahan Awal Ashaari – Scha al Yahya (Video).

0 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada yang terlepas menyaksikan majlis akad nikah Awal Ashaari – Scha al Yahya (SchAwal) tempoh hari.  Sharifdez pun tercari-cari juga video majlis pernikahan SchAwal ni.  Akhirnya ada juga yang berkongsi video pernikahan mereka di youtube.


Jom tengok video Awal Ashaari – Scha al Yahya di majlis pernikahan mereka.  Jangan lupa kongsikan di facebook.  Mungkin kawan-kawan anda juga tercari-cari video ini.

Isnin, 2 Januari 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Raja Lawak | Tahun Baru 2012.

0 kata semangat
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


Rasanya masih belum terlewat untuk Sharifdez ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada anda yang sudi berkunjung ke sini.  Terasa begitu cepat masa berlalu.

Kalendar yang tergantung di sebalik pintu pun belum ditukar lagi dengan yang baru.  Seperti baru semalam sahaja kalendar itu diletakkan.  Alih-alih dah habis tahun pun.

Cukup dulu setakat itu.  Dah lama tak post entri terbaru, mula lah nak menaip meleret-leret.  Anda datang ke sini mungkin tercari ‘Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)'.

Isnin, 3 Oktober 2011

Cinta Muka Buku | Najwa Latif | Kontroversi.

3 kata semangat

Assalamualaikum dan Salam 1 World.

Dah dengar lagu ‘Cinta Muka Buku’ nyanyian Najwa Latif?  Mesti dah dengar kan sebab sekarang ni kerap juga dimainkan di corong-corong radio. 

Bermula dengan suka-suka dengan meng’upload’ video nyanyiannya berjudul ‘Baby’ (penyanyi asal : Justin Bieber) ke laman Youtube, nama Najwa Latif mula meniti bibir peminat seni suara tanahair. Lagu Cinta Muka Buku ciptaannya yang dimuatnaik ke Youtube selepas itu melonjakkan lagi namanya sehingga mendapat hit yang tinggi di Youtube.



Selasa, 13 September 2011

Hebat : Dapat Trafik Tanpa Henti Dari 3 Gergasi.

1 kata semangat
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Trafik, trafik, trafik?  Apa pentingnya trafik pada sesebuah blog?

Pada mereka yang masih baru dengan blog, pasti tak ambil tahu sangat pasal trafik blog ni kan.  Betul ka apa yang Sharifdez nyatakan ni.  Mungkin sama seperti Sharifdez dulu.

Singgah ke blog orang lain, follow kemudian jerit kat shoutbox minta follow balik blog kita.  Mesti pernah kan buat macam tu.  Sharifdez dah tak buat perkara tu lagi sebab Sharifdez sedar, jika entri yang kita hasilkan bosan dan meleret-leret, tiada siapa yang akan follow blog kita.  Ditambah pula keadaan blog yang tak terurus, bertambah la peluang untuk blog kita dijauhi.

Eh, macam dah lari pulak dari tajuk asal, hehehe.

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez