ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA .
Trafik, trafik, trafik? Apa pentingnya trafik pada sesebuah blog?
Pada mereka yang masih baru dengan blog, pasti tak ambil tahu sangat pasal trafik blog ni kan . Betul ka apa yang Sharifdez nyatakan ni. Mungkin sama seperti Sharifdez dulu.
Singgah ke blog orang lain, follow kemudian jerit kat shoutbox minta follow balik blog kita. Mesti pernah kan buat macam tu. Sharifdez dah tak buat perkara tu lagi sebab Sharifdez sedar, jika entri yang kita hasilkan bosan dan meleret-leret, tiada siapa yang akan follow blog kita. Ditambah pula keadaan blog yang tak terurus, bertambah la peluang untuk blog kita dijauhi.
Eh, macam dah lari pulak dari tajuk asal, hehehe.
Sebenarnya begini, dalam minggu ini blog Sharifdez menerima kunjungan tak putus-putus. Hairan juga Sharifdez. Rupa-rupanya, entri gadis cantik yang Sharifdez siarkan. Dari mana blog Sharifdez dapat trafik ni semua.
3 gergasi ni sangat hebat. Gergasi? Hehehe, gergasi yang Sharifdez maksudkan ialah :-
1. Apesal.com
2. ohBelog.com
Hebatnya gergasi-gergasi ni. Bagi mereka yang pandai mengawal gergasi-gergasi ini, pastinya blog mereka akan dilimpahi trafik tanpa henti.
Trafik tiba-tiba mencanak naik Gunung Kinabalu. |
Tengok lah statistik blog Sharifdez ni. Tetiba ja trafik mencanak naik. Salah satu penyebab perkara ini berlaku mungkin kerana Sharifdez telah mengubah kedudukan ‘gergasi-gergasi’ ini. Sebelum ini Sharifdez letak di bawah bahagian blog. Kemudian Sharifdez ubah kedudukan pada bahagian atas dan sisi blog ini.
Betul lah seperti yang dinyatakan, lebih banyak anda beri trafik pada mereka, berkali ganda mereka akan kembalikan trafik pada anda.
Terima kasih apesal, ohbelog, dan gengcyber. Lepas ni nak cuba ber’kawan’ dengan gergasi ke 4 pula. Gergasi ke 4?
Hehehe. Nak cuba dapatkan trafik dari YouTube.com pula lepas ni. Lepas tu mungkin gergasi yang lebih besar, Facebook.
Nota : Kalau dapat berkawan dengan Ultraman, ok jugak ni. Nanti semua gergasi-gergasi ini takut dan akan beri beribu riban trafik tanpa henti ke blog Sharifdez ni, hehehe. Peace.
.
selalu guna Apesal jep.. apa2 pun thnks.. huhu.. bru tau yang last tu..
BalasPadam