Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 29 September 2011

Konsert 2 Raksasa 2011 | Gegar Stadium Merdeka.


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 1 Oktober 2011 nanti, Stadium Merdeka akan digegarkan dengan Konsert 2 Raksasa. Konsert ini akan menampilkan dua nama besar dalam industri muzik tanah air iaitu Blues Gang dan Sweet Charity. Konsert 2 Raksasa ini sudah pasti bakal meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peminat mereka.


“Fokus kami ketika ini adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat agar memori kali ini terpahat di minda mereka buat selama-lamanya”.

Kata-kata Ramli Sarip itu juga turut dipersetujui oleh vokalis Blues Gang, Ito. “Apa pun, perancangan asal Konsert 2 Raksasa yang terpaksa diubah tarikhnya sedikit pun tidak menganggu tumpuan kami bahkan ia memberi lebih masa untuk buat persiapan,” katanya penuh yakin sambil menyatakan peminat yang hadir akan berpuas hati dengan persembahkan mereka.


Tiket-tiket boleh didapati secara atas talian melalui laman sesawang www.airasiaredtix.com atau www.meportal.net  Bagi peminat yang telah membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 9 Julai, mereka tidak perlu membeli tiket baru.

Konsert 2 Raksasa ini akan diadakan di Stadium Merdeka pukul 8.45 malam.

Jom tonton video Ramli Sarip dan Ito ketika di Studio Sinar.fm mempromosikan konsert tersebut.




---------------------------------------------------
Anda mungkin minat :  Dapat Duit Dari Handphone
.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez