Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Ahad, 30 Disember 2012

Beli Tudung Lycra Chiffon Dua Layer Wardah | Butik Inspirasihana.

1 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih berkunjung ke Blog Sharifdez.  Pada entri Sharifdez yang lalu, Sharifdez ada nyatakan Butik Inspirasihana telah menghasilkan koleksi tudung labuh terbaru yang digayakan oleh Heliza Helmi.

Kini anda sudah boleh membeli tudung labuh di laman Butik Inspirasihana.  Beli sekarang kerana stok adalah terhad.  Di bawah adalah salah satu koleksi tudung labuh terbaru Tudung Lycra Chiffon Dua Layer Wardah.

----------oxOxo----------

Jumaat, 28 Disember 2012

Video Klip 150 Juta | Ainan Tasneem

0 teman memberi kata semangat.
Untuk kali ke seratus lima puluh juta,
     Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
     Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda pertama kali berkunjung ke Blog Sharifdez, selamat datang Sharifdez ucapkan.


Ok, anda datang ke sini mesti nak layan video klip lagu 150 Juta nyanyian Ainan Tasneem, kan.  Hari ini (28 Disember 2012), lebih kurang jam 8 malam tadi Ainan Tasneem telah war-warkan video klip 150 Juta sudah dimuat naik ke laman Youtube.


Khamis, 27 Disember 2012

Filem Kahwin 5 | Sinopsis | Video Trailer | 27 Disember 2012

0 teman memberi kata semangat.
Salam sejahtera peminat filem Malaysia.  Hari ini (27 Disember 2012) ada filem baru yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.  Filem itu ialah ‘Kahwin 5.  Filem terakhir untuk tahun 2012.  Mungkinkah filem ini akan mencipta sejarah kutipan tertinggi di tahun baru 2013?  Sama-sama kita nantikan.


Jom ikuti sinopsis filem Kahwin 5 dan video trailer di bawah.  Layan.

----------oxOxo----------
Sinopsis Kahwin 5

Filem Kahwin 5 berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik yang berjaya dan dikenali sebagai Dr K (Usop Wilcha). Dr K yang bermata keranjang ini mempunyai empat orang isteri yang berasal dari negeri yang berbeza-beza.

Isteri pertamanya, Saadiah (Dian P. Ramlee) dari Selangor, Sahara (Adrea Abdullah) dari Kelantan, Monalisa (Norish Karman) dari Negeri Sembilan dan Mimi (Marsha Milan) dari Sabah.

Selasa, 25 Disember 2012

Tudung Labuh Online | Heliza Helmi dan Butik Inspirasihana.

1 teman memberi kata semangat.
Butik Inspirasihana tampil lagi dengan koleksi tudung labuh terbaru.  Kali ini, Heliza Helmi dipilih sebagai model muslimah menggayakan tudung labuh dari Butik Inspirasihana.

Kredit to Google Image
Tapi sayangnya, Sharifdez tidak dapat pamirkan koleksi tudung labuh Inspirasihana yang digayakan Heliza Helmi di sini kerana menghormati privasi dari Admin Butik Inspirasihana.


Namun jika anda mahu melihat koleksi terbaru ini, boleh ke Fan Page Butik Inspirasihana untuk melihat sesi photoshoot Tudung Labuh Inspirasihana ini.  Jangan lupa like untuk mendapatkan maklumat terkini dari Butik Inspirasihana.

Chelsea belasah Aston Villa 8-0 | Video Jaringan Gol

1 teman memberi kata semangat.
Chelsea belasah Aston Villa 8 jaringan gol tanpa balas.  Biar betul.  Siapa ya yang minat pasukan Chelsea di sini.  Kalau ada jom lihat video 8 jaringan gol yang dihasilkan di bawah.

----------oxOxo----------


LONDON: Chelsea mempamerkan aksi serangan tanpa belas kasihan dalam tempoh lebih dua tahun apabila membelasah Aston Villa apabila menyamai rekod kemenangan 8-0 dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

The Blues merobek pertahanan Villa dengan mudah selepas Fernando Torres menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ketiga sambil tujuh lagi gol dijaringkan pemain berlainan dalam aksi di Stamford Bridge.


Kemenangan pertama liga di Stamford Bridge sejak awal Oktober lalu melonjakkan kelab itu ke tangga ketiga, tujuh mata di belakang Manchester City yang kini menduduki tangga kedua tetapi bermain kurang satu perlawanan.

Isnin, 24 Disember 2012

Anak Kucing Yang Comel | Gambar Dan Video

0 teman memberi kata semangat.
Memiliki anak kucing yang comel tentu sahaja memberikan ketenangan kepada pemiliknya.  Anak kucing yang lincah membuatkan pemiliknya geli hati dengan gelagat si comel ini.


Selepas penat pulang dari kerja, hati terhibur dapat bermain
dengan anak kucing yang comel.


Jom lihat gelagat anak kucing yang comel ini.



P/S : Geram Sharifdez tengok bulunya yang gebu.

Nak Kawin Dengan Yuyu Zulaikha

0 teman memberi kata semangat.
Siapa nak kawin dengan Yuyu Zulaikha, sila tutup mata.  Eh, kalau dah tutup mata macam mana nak baca entri gempaq ni kan :)


Eya abang-abang blogger yang kacak, macho, segak dan seangkatan dengannya, tak nak cuba ka pikat blogger Yuyu Zulaikha ni.  Makin popular blogger si kupu-kupu kecik ni.  Mungkin kupu-kupu dah tak sesuai lagi, sebabnya kupu-kupu kecik ni dah jadi rama-rama yang semakin hari semakin teserlah kecantikan warna-warnanya.

Sabtu, 22 Disember 2012

Kucing Comel Penyeri Kehidupan | KucingComeldotCom.

1 teman memberi kata semangat.
Memiliki kucing comel yang lincah menjadi idaman setiap pemilik dan peminat kucing.  Melihat gelagat kucing comel dapat meredakan tekanan sekaligus menjadi penyeri di dalam kehidupan seharian.


Jadi, adakah anda sedang berada di dalam situasi dibawah?

Anda kini sedang berkira-kira untuk mula memelihara kucing dan menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan yang menceriakan kehidupan anda? Namun begitu, masih tercari-cari, kucing apakah yang paling sesuai dengan diri anda serta inginkan maklumat berkaitan penjagaan kucing yang lengkap serta lebih mendalam lagi?


Bayangkan... anda mempunyai seekor kucing yang sangat comel yang sentiasa menanti kepulangan anda dari tempat kerja. Setiap kali anda membuka pintu, kucing kesayangan anda itu akan menghampiri anda dan mula mengesot-ngesotkan bulunya yang gebu ke kaki anda sambil berkata "Meow... meow.." dengan manjanya.

Jumaat, 21 Disember 2012

Buat Duit Dengan Youtube.

1 teman memberi kata semangat.
Buat Duit Dengan Youtube | Asas Perniagaan Internet | 11 Video Tutorial

Salam Sejahtera reader Blog Sharifdez

Bagaimana nak buat duit dengan Youtube?  Adakan ini persoalan yang bermain di minda anda.  Jika ya, anda telah datang ke tempat yang betul.  Sharifdez ada menemui satu produk digital untuk dikongsikan dengan anda.

Jika anda menjalankan perniagaan internet, panduan ini mungkin amat sesuai untuk anda.

----------oxOxo----------

"Buat Duit Dengan Youtube" mempunyai 2 komponen utama dan ianya adalah berdasarkan maklumat asas (tetapi penting) untuk anda ketahui tentang penggunaan laman video Youtube ini.

Komponen 1: Manual Panduan Penerangan Asas
Langkah-Demi-Langkah "Buat Duit Dengan Youtube"

Ahad, 16 Disember 2012

Video Klip Sayang | Shae

0 teman memberi kata semangat.
Apa khabar.  Anda peminat lagu Sayang Shae?  Mesti anda ternanti-nanti video klip untuk lagu Sayang dari penyanyi Shae ni kan.


Setelah agak lama menunggu, akhirnya hari ini (16 Disember 2012) Shae dah muat naik video klip terbaru untuk lagu popularnya ‘Sayang’.  Jom layan.


Jangan lupa ‘share’ dengan rakan-rakan anda ya.


Pautan : Facebook Fan Page Shae (jom Like).

Semak Keputusan PMR 2012 Melalui SMS

0 teman memberi kata semangat.
Debaran menjawab soalan peperiksaan PMR telah berakhir.  Kini pelajar-pelajar berdebar-debar menanti keputusan PMR masing-masing.

Ibu bapa pelajar juga sama-sama merasai debaran.  Sama ada didikan yang telah diberi pada anak-anak berjaya atau sebaliknya.


Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 itu boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 December 2012 bermula jam 10 pagi.

Semakan Keputusan PMR 2012 Online boleh dibuat setelah ianya diumumkan pada 19 December ini. Calon-calon PMR sudah pasti berdebar-debar menantikan result mereka setelah berhempas pulas menjawab peperiksaan.

Sabtu, 15 Disember 2012

Apo Kono Eh Jang 2012 | Lirik Lagu Dan Video

0 teman memberi kata semangat.
Apo Kono Eh Jang.  Lagu lama diberi nafas baru.  Rupa-rupanya muzik video Apo Kono Eh Jang ni dah ada di YouTube bulan November lalu.

---- Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida) berkata rakaman semula lagu Apo Kono Eh Jang nyanyian asal Ally Nor dan Mastura bukan bertujuan untuk merosakkan keaslian lagu yang pernah popular pada 1980-an itu.

Sebaliknya, Fida, 26, berkata, lagu versi baru yang menampilkan Datuk AC Mizal dan kumpulan Stellar itu diadun dengan muzik tekno dan rap mengikut trend dan selera muzik semasa.


“Saya dan penerbit lagu itu Sheikh Qalam langsung tidak berniat untuk merosakkan keaslian dan keindahan lagu asal tetapi sebagai penghargaan dengan elemen muzik semasa.

“Saya berharap usaha kami memberi suntikan nafas baru pada lagu Apo Kono Eh Jang tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” -Fida ---- mStar Online.


Lirik Lagu – Apo Kono Eh Jang 2012
----------xOXOx----------

Khamis, 13 Disember 2012

Keputusan Thailand VS Malaysia | 13 Disember 2012 | Piala AFF Suzuki

0 teman memberi kata semangat.
Misi Malaysia menentang Thailand sudah berakhir.

Perlawanan Thailand vs Malaysia malam ini kelihatan seperti berat sebelah.  Bola banyak berlegar di kawasan Malaysia sahaja.  Serangan mengejut yang dilancarkan ke gawang gol Malaysia membuatkan keadaan sentiasa cemas.


Kad kuning kedua ke atas Fadhli Shas membuatkan barisan pemain Malaysia terpaksa berusaha lebih keras.  Ketiadaan Fadhli Shas mencacatkan strategi perlawanan Malaysia menentang Thailand.


Akhirnya, Malaysia terpaksa akur tewas kepada Thailand 0-2.

Apa-apa pun, tahniah kepada skuad kebangsaan Malaysia kerana telah berusaha gigih untuk sampai ke separuh akhir.


Sharifdez : Kad merah dilayangkan kepada Fadhli Shas pasti jadi ‘hot topik’ lepas ni.

3 Blog Pilihan Terbaik.

1 teman memberi kata semangat.
Senarai blog pilihan. 3 blog terbaik.

SALAM 1 MALAYSIA.

3 blog pilihan terbaik 2012.  Dalam dunia berblogging, pasti ada blog atau blogger yang anda sering ikuti perkembangannya.  Begitu juga dengan Sharifdez.

Sepanjang menghampiri 2 tahun berblog, ada ramai rakan blogger yang telah berjaya dengan blog masing-masing.  Tak kurang juga yang telah mengundurkan diri dari dunia blogging.  Mungkin kerana kesibukan atau minat yang sudah padam.


Jika diminta untuk membuat pilihan, banyak blog yang menarik minat Sharifdez untuk selalu berkunjung.  Tapi memandangkan tajuk entri ini 3 blog pilihan terbaik, jadi Sharifdez pilih hanya yang terbaik untuk Sharifdez senaraikan di sini.

Isnin, 10 Disember 2012

Duit Petrol 15 Peratus Dan SmartTAG Percuma.

0 teman memberi kata semangat.
Siapa nak jimat duit petrol selama 6 bulan dan SmartTAG percuma bernilai RM120 mesti baca info ini. J

----------xOXOx----------

It’s good when your card gives you the extra mile.

Bring your family on that long-awaited holiday with the Standard Chartered Business Platinum or Business Gold Credit Card. Sign-up today and get an amazing 15% Petrol CashBack for 6 months + SmartTAG worth RM120 or Touch ‘n Go card worth RM100 for all your travel needs + RM55 CashBack to sweeten the deal.

There has never been a better time to travel.

----------xOXOx----------

Sabtu, 8 Disember 2012

Malaysia vs Thailand | 9 Disember 2012 | Piala AFF Suzuki 2012

1 teman memberi kata semangat.
Perlawanan Malaysia vs Thailand (Piala AFF Suzuki 2012), bahang kehangatan kian terasa.

Assalamualaikum / Salam 1Malaysia.

Esok (9 Disember 2012) merupakan pertemuan antara Malaysia dan Thailand.  Pasukan bola sepak Thailand dikatakan yang terkuat tahun ini.  Adakan pasukan Malaysia (Harimau Malaya) mampu menumbangkan pasukan Thailand ini.


Kemenangan ke atas Laos dan Indonesia tempoh hari memberi harapan untuk Malaysia memasuki ke peringkat separuh akhir.  Namun, kecederaan beberapa tonggak utama pasukan Malaysia membimbangkan semua penyokong Harimau Malaya.

Mampukah Malaysia menewaskan Thailand.  Sama-samalah kita saksikan nanti perlawanan antara Malaysia vs Thailand esok.

Khamis, 6 Disember 2012

Sayang Shae | Koleksi Gambar Penyanyi

3 teman memberi kata semangat.
Sayang apa khabar dengan mu, di sini ku merindukan kamu,
 Ku harap cinta mu takkan berubah, kerna di sini ku tetap untukmu.

Mesti ramai yang masih menyanyikan lagi Sayang Shae ni kan.  Walaupun lagu ini diminati di Malaysia, agak jarang untuk melihat wajah cantik penyanyi Shae ini di mana-mana blog gosip atau media hiburan.  Tak tahu lah sama ada Sharifdez ja yang tak jumpa atau terlepas pandang.


Di bawah koleksi gambar penyanyi Shae Sayang yang Sharifdez ambil dari laman Facebook Shae. 

Ahad, 2 Disember 2012

Teman Wanita Wan Zack Haikal | Cerita Bola Sepak

1 teman memberi kata semangat.
Nama Wan Zack Haikal mula menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak.  Jaringan gol cantik ke 2 Malaysia vs Indonesia semalam menaikkan lagi nama pemain Wan Zack Haikal ni.

Biodata Wan Zack Haikal
Nama Penuh : Wan Zack Haikal Bin Wan Noor
Tarikh Lahir : January 28, 1991 (age 20)
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian : 1.63 m (5 ft 4 in)
Posisi : Striker & Midfielder


Di kalangan peminat bola sepak wanita pula, ada yang sudah pasang niat untuk ‘mencuri’ hati si Wan Zack ni.  Namun mungkin hasrat itu perlu dilupakan kerana hati Wan Zack Haikal dah pun ‘dicuri’ gadis idaman beliau. J


Nama teman wanita Wan Zack Haikal ni Zzati. Dari sumber, Zzati ni penyanyi Malaysia. Betul ka?  Jom tengok video teaser di bawah.

 

Memang betul lah kan.  Mungkin rezeki Zzati.  Populareti Wan Zack Haikal sedikit sebanyak dapat menaikkan lagu terbaru beliau berjudul Malu Malu Mahu yang telah pun mula diputarkan di radio Malaysia.

Video Jaringan Gol | Malaysia VS Indonesia | Piala AFF Suzuki 2012

1 teman memberi kata semangat.
Salam 1 Malaysia.

Dah tengok perlawanan antara Malaysia vs Indonesia tadi.  Jangkaan Sharifdez 2 - 1 tapi tak sangka Harimau Malaya bagi Garuda bawa pulang telur ayam ja J.

Apa-apa pun, Tahniah Malaysia dan juga semua penyokong yang memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya.


Gol jaringan ke 2 Malaysia vs Indonesia sangat menarik perhatian Sharifdez.  Teamwork ( kerjasama ) seperti ini la yang Sharifdez suka tengok dalam pasukan Malaysia.

Umpanan dan lorongan bola yang baik dari Wan Zack dan penyudah berbisa Mahalli Jasuki menggegarkan gawang gol Indonesia membolehkan Malaysia mendahului dengan 2 – 0.  Terrrbaikkkk.


Suka Harimau Malaya?

Sabtu, 1 Disember 2012

Malaysia VS Indonesia | Piala AFF Suzuki 2012 | Siapa Menang

3 teman memberi kata semangat.
Malam ini (1 Disember 2012), Malaysia akan bertemu Indonesia dalam misi merebut Piala AFF Suzuki 2012. Perlawanan Malaysia vs Laos beberapa hari yang lalu telah menaikkan kembali semangat pemain serta penyokong Harimau Malaya.


Pertemuan dengan Sang Garuda akan menentukan hidup matinya misi menjulang Piala AFF Suzuki 2012.  Mampukah Malaysia menumpaskan Indonesia?

Khamis, 29 November 2012

Video Jaringan Gol Malaysia VS Laos | 28 November 2012

1 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengok tak perlawanan Malaysia vs Laos semalam ( 28 November 2012).

Sharifdez tutup tv bila pasukan Laos jaringkan gol penyamaan semalam.  Tapi tak sangka Malaysia menang bergaya semalam.  Macam ultraman ja pasukan Malaysia ni.  Lampu merah dah berkelip baru dapat kuasa baru, semangat baru.

Kredit to Google Image.

Ok, cukup, Jom saksikan video jaringan gol Malaysia VS Laos yang berkesudahan 4-1 dalam merebut Piala AFF Suzuki 2012.


P/S : Sharifdez sampai demam hari ni.  Kalau Malaysia kalah, boleh koma jadinya. huhuhu.

Rabu, 28 November 2012

Cara Meningkatkan Trafik Blog | 40k UV Sebulan

4 teman memberi kata semangat.
Muat turun percuma ebook cara meningkatkan trafik blog sehingga 40k sebulan.


Seorang pakar dalam menjana trafik ke blog / web berkongsi ilmu.  Beliau telah menghasilkan sebuah ebook bertajuk ‘Teknik Psikologi Trafik. 40K UV Trafik Sebulan’.

Beliau berkongsi satu teknik yang membolehkan anda menerima puluhan ribu trafik setiap bulan.  Sesiapa sahaja boleh menggunakannya, tidak kira anda pakar atau newbie.

Tutorial lengkap menggunakan bahasa melayu,

Ringkas dan padat.

Teknik ini boleh digunakan untuk :
- Meningkatkan Trafik dan Page VIEW.
- Meningkatkan Alexa Ranking
- Psiko Pelawat blog / web anda.

Dapatkan Sekarang di : PsikologiTrafik.com

Selasa, 27 November 2012

3 Blog Pilihan Terbaik Minggu Pertama.

5 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum dan Salam Mesra.

Semalam Sharifdez ada buat satu entri berkenaan contest 3 Blog Pilihan Terbaik dianjurkan oleh blogger amirez (dot) com.  Hari ini Sharifdez senaraikan 3 blog terbaik yang mendahului contest ini.


Senarai ini Sharifdez ambil dari pak cik Google.

1. Memang panas giler lah blog ni - djdanchef.blogspot.com

2. Siapa kenal dengan Akma Omar - akmaomar.com

3. Tomato gurl a.k.a Ciktom - ciktom.com


Isnin, 26 November 2012

3 Blog Pilihan Terbaik | Cabaran Terakhir 2012

1 teman memberi kata semangat.
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Senarai popular ‘3 Blog Pilihan Terbaik’ tahun 2012 dimenangi oleh Blog Sharifdez dan rakan-rakan.  Hehehe, terlebih berangan la pulak.

Kredit to Google Image.

 Apa kaitan 3 blog pilihan terbaik dan cabaran terakhir 2012. Semuanya bermula dengan kata kunci di bawah yang masuk ke Blog Sharifdez.


Bila Sharifdez tanya pak cik Google, rupanya ada blogger buat contest SEO.  Siapa pula 3 blogger yang akan terpilih.  Kita tunggu dan lihat nanti di penghujung cabaran yang berakhir 15 Disember 2012 nanti.

Selasa, 20 November 2012

150 Juta Ainan Tasneem | Lirik Lagu Video.

1 teman memberi kata semangat.
Ainan Tasneem mencipta nama dengan singlenya yang berjudul Aku Suka Dia. Lagu ini telah diputar di radio-radio Malaysia sejak bulan Mei 2012 lagi. Populariti yang memuncak melalui lagu tersebut penyanyi Ainan Tasneem telah dilamar produksi MVM Production.


Sejak bergelar artis, show-show beliau semakin bertambah tetapi seperti perinsipnya Ainan Tasneem hanya membuat persembahan di hari cuti sahaja kerana memberi fokus pada pelajaran.  Untuk pengetahuan semua peminat, Ainan Tasneem juga telah dipilih lagunya bertajuk Aku Suka Dia untuk dimuatkan di salah satu album kompilasi di Indonesia. Tahniah! Selepas ini pasti beliau dapat melebarkan sayap ke seberang.

Mengenai single terbaru Ainan Tasneem pula, lagu tersebut telah diambil daripada penciptanya Fynn Jamal. Lagu ini telah dipersetujui untuk dinyanyikan semula secara eksklusif untuk dijadikan single kedua Ainan Tasneem. (sumber - satellizermusic.com)

Jom layan video dan lirik lagu 150 juta Ainan Tasnem di bawah.  Zasssssszz (o_o)


Like Facebook Ainan Tasneem Fanpage. Y(-_o)

Isnin, 19 November 2012

Anugerah Industri Muzik 2012 | Video Penuh

0 teman memberi kata semangat.
Salam 1 Malaysia.

Anda terlepas menonton Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 pada malam minggu yang lalu ( 17 November 2012)?  Jika ya, tidak mengapa kerana videonya Sharifdez telah letakkannya di blog sini. 


Video ketika acara karpet merah (karpet glamour AIM) juga Sharifdez letakkannya di sini.

Ahad, 18 November 2012

Shila Amzah Cium Tangan Kekasih | Kontroversi AIM 2012 | Video

2 teman memberi kata semangat.
Patah seribu hatiku, bila melihat kau bercium tangan dengan kekasihmu…

Siapa tengok AIM 2012 semalam? Abang-abang hensem kat luar sana yang minat Shila Amzah ni mesti rasa terbako baca tajuk entri ni. Huhuhhu.


Ala, cium tangan ja.  Bukan cium kaki pon macam cerita Hindustan tu”.

Komen balas yang makin menambah kontroversi.

Sabtu, 17 November 2012

Karpet Merah | Anugerah Industri Muzik 2012 | Siaran Langsung

0 teman memberi kata semangat.
Ketika ini sedang berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012.

Boleh saksikan siaran secara langsung di AstroGempak (Youtube).


Gambar di bawah ketika acara Karpet Merah
Anugerah Industri Muzik 2012.


Lebih banyak gambar, klik di sini.

Like Facebook : Anugerah Industri Muzik 19

Isnin, 12 November 2012

Akak Di Balik Pintu | Mati Ketika Berzina | Jom Promosi Blog.

1 teman memberi kata semangat.
Salam sejahtera.  Hari ini Sharifdez memilih satu lagi blog untuk diletakkan pada banner di atas.  Akak di balik pintu,  itulah nama diberi pada blog tersebut.

 

 

Blog ini sudah mendapat  508 ‘Like’ Facebook, 1395 follow blog dan pagerank 2/10.

 

 

Ada kisah peribadi dan juga isu semasa dikongsikan di blog ini.  Entri di bawah topik yang agak hangat juga di blog beliau.

 

Mati Melekat Selepas Melakukan Zina Di Kubur.

 


Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah (baca selanjutnya)…

Jom promosi blog anda di sini.


Terima kasih berkunjung. Jika suka blog ‘Akak di balik pintu’ boleh ‘like’.

Rabu, 7 November 2012

Tempahan Mini Pavlova | Jom Promosi Blog.

0 teman memberi kata semangat.
Salam sejahtera.

Ada sesiapa berminat membuat tempahan Mini Pavlova.  Sedap ka Mini Pavlova tu.  Kalau nak tahu, kena lah rasa sendiri. J


Sharifdez pun teringin jugak nak rasa Pavlova ni.

Kalau nak buat tempahan Mini Pavlova, boleh ke blog Nonie Rahman (my lifE & my loveS).

Terima kasih berkunjung.

Ahad, 28 Oktober 2012

Calon Isteri Ke 4 Untuk Suami.

1 teman memberi kata semangat.
Kami dah ada calon isteri baru untuk abang. Abang setuju tak.

Sebagai seorang suami, apa perasaan anda jika diajukan soalan sebegini oleh isteri-isteri anda.  Mesti anda tersenyum ceria sampai ke telinga agaknya.  Namun, itulah yang berlaku pada Ariffin Mohamad.

----------xXOXx----------

Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Jom Promosi Blog | Bajonz Jambul Photography.

0 teman memberi kata semangat.
Pakej Fotografi Termurah dan Hebat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Bagaimana sambutan hari raya korban anda?  Berapa ekor lembu telah di’tumbang’kan di kawasan anda?

Di tempat Sharifdez banyak juga.  Rezki, banyak hasil daging korban tahun ni.  Sampai tak muat nak di isi dalam peti ais tu.


Oklah.  Hari ini Sharifdez nak promosikan 2 blog dari seorang blogger ni.  Blogger ni seorang photography perkahwinan.  Jika anda sedang mencari pakej photography perkahwinan, boleh la berhubung dengan saudara Bajonz Photography ni.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Saleem Bila Orang Dah Benci | Lirik Lagu Dan Video.

7 teman memberi kata semangat.
Bila orang dah benci, Tiada guna ku nanti, Lebih baik ku pergi, Pergi membawa diri

Bait-bait lagu yang mendayu ini memang menusuk kalbu.  Ditambah pada Hari Raya Aidil Adha ini.  Pengorbanan cinta yang terpaksa dilakukan.  Raya Korban tahun ini (2012) terasa suram pada Sharifdez.

Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi
Mengapa sayang engkau hancurkan niat suci ku menyunting dirimu


Video dan lirik lagu di bawah adalah lagu terbaru Saleem berjudul ‘Bila Orang Dah Benci’.  Lagu ini akan menaikkan kembali nama Saleem di dalam industi muzik tanah air - Eddie Hamid

Ahad, 21 Oktober 2012

Cara Senang Cari Duit | Duit Online.

7 teman memberi kata semangat.
Bagaimana cara senang nak cari duit dari internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Tentu ramai di antara kita ketika ini sedang tercari-cari cara untuk mencari duit tambahan bagi menampung kos sara hidup.


Rasanya Sharifdez sudah berjumpa satu laman web yang dapat membantu mengurangkan beban kewangan setiap bulan.  Sharifdez hanya buat satu entri di blog ini dan entri tersebut kini berada di laman pertama Google search.  Baca entri yang Sharifdez buat melalui pautan di bawah :-


Modal permulaan yang sedikit (RM20) dan pulang modal segera.  Mungkin dari situ, ada pembaca yang berminat terus menjadi ahli.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez