----------oxOxo----------
The Blues merobek pertahanan Villa dengan mudah selepas Fernando Torres menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ketiga sambil tujuh lagi gol dijaringkan pemain berlainan dalam aksi di Stamford Bridge.
Kemenangan pertama liga di Stamford Bridge sejak awal Oktober lalu melonjakkan kelab itu ke tangga ketiga, tujuh mata di belakang Manchester City yang kini menduduki tangga kedua tetapi bermain kurang satu perlawanan.
"Kami mempamerkan laparkan gol sepanjang perlawanan sejak minit pertama. Keinginan kami ialah untuk bergerak pantas dengan bola, gol awal memang banyak membantu. Kami gembira bermain dan memerlukan sikap begini untuk meningkatkan prestasi," kata Frank Lampard yang turut menyumbang satu gol.
Apapun kemenangan besar itu melegakan Rafa Benitez yang sudah meraih dua kemenangan liga daripada lima perlawanan sejak menggantikan Roberto Di Matteo walaupun berdepan karenah penyokong Chelsea . – AP (bharian.com.my)
----------oxOxo----------
Suka 8 jaringan gol pasukan Chelsea ni tak?
terok nya kena belasah
BalasPadam