Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 27 Disember 2012

Filem Kahwin 5 | Sinopsis | Video Trailer | 27 Disember 2012

Salam sejahtera peminat filem Malaysia.  Hari ini (27 Disember 2012) ada filem baru yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.  Filem itu ialah ‘Kahwin 5.  Filem terakhir untuk tahun 2012.  Mungkinkah filem ini akan mencipta sejarah kutipan tertinggi di tahun baru 2013?  Sama-sama kita nantikan.


Jom ikuti sinopsis filem Kahwin 5 dan video trailer di bawah.  Layan.

----------oxOxo----------
Sinopsis Kahwin 5

Filem Kahwin 5 berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik yang berjaya dan dikenali sebagai Dr K (Usop Wilcha). Dr K yang bermata keranjang ini mempunyai empat orang isteri yang berasal dari negeri yang berbeza-beza.

Isteri pertamanya, Saadiah (Dian P. Ramlee) dari Selangor, Sahara (Adrea Abdullah) dari Kelantan, Monalisa (Norish Karman) dari Negeri Sembilan dan Mimi (Marsha Milan) dari Sabah.

Kehidupan mereka sekeluarga aman bahagia sehinggalah Dr K dipengaruhi pemandu peribadinya, Rahim (Fizz Fairuz) yang membuat dirinya terjebak dengan skandal bersama seorang gadis muda bernama Farra (Anzalna Nasir) iaitu adik kepada Cico (Soffi Jikan) yang juga kepala ‘pailang’.

Bermulalah situasi dilema Dr K apabila dipaksa berkahwin lagi walaupun dia sudah cukup kuota empat isteri. Bagaimanakah Dr K menyelesaikan masalahnya?

Jangan ketinggalan menonton filem ‘Kahwin 5’ di pawagam yang berhampiran mulai 27 Disember 2012 ini.  (kredit – MediaHiburan)

----------oxOxo----------

Video Trailer Kahwin 5


GENRE: Komedi
TARIKH TAYANGAN: 27 Disember 2012
TERBITAN: Showbiz Productions
PENGARAH: Nizam Zakaria 
PELAKON: Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Marsha Milan, Soffi Jikan, Norish Karman, Anzalna dan lain-lain.


P/S : Ramai-ramai kita ke panggung nanti. Like like like.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez