Salam sejahtera peminat filem Malaysia . Hari ini (27 Disember 2012) ada filem baru yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia . Filem itu ialah ‘Kahwin 5. Filem terakhir untuk tahun 2012. Mungkinkah filem ini akan mencipta sejarah kutipan tertinggi di tahun baru 2013? Sama-sama kita nantikan.
Jom ikuti sinopsis filem Kahwin 5 dan video trailer di bawah. Layan.
----------oxOxo----------
Sinopsis Kahwin 5
Filem Kahwin 5 berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik yang berjaya dan dikenali sebagai Dr K (Usop Wilcha). Dr K yang bermata keranjang ini mempunyai empat orang isteri yang berasal dari negeri yang berbeza-beza.
Isteri pertamanya, Saadiah (Dian P. Ramlee) dari Selangor, Sahara (Adrea Abdullah) dari Kelantan, Monalisa (Norish Karman) dari Negeri Sembilan dan Mimi (Marsha Milan) dari Sabah.




