Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Ahad, 15 Mei 2011

Siapa Pemilik Blog Ini?…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Kejadian 13 Mei 2011 yang lalu sedikit sebanyak memadamkan semangat yang berkobar-kobar untuk berblog. Saya sangkakan perkara ini berlaku pada saya seorang sahaja. Rupanya ramai lagi yang menghadapi perkara yang sama.

Ini baru lagi. Kalau dah jadi blogger tegar, tak tahu lah macam mana. Oklah, kita biarkan terkara tu menjadi sedikit pengajaran dan peringatan untuk hari mendatang.

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Siapa Pemilik Blog ini? Saya lah tu. Hehe. Ketika blog ini diwujudkan beberapa hari yang lalu, saya banyak bercerita mengenai orang lain. Pada hal ini Blog Sharifdez. Mesti cerita pun mengenai Sharifdez kan. Tapi pada tagline blog ini pulak “Menyebarkan Apa Sahaja yang Dirasakan Perlu”. Wah gitu..

Sebenarnya, tak banyak nak saya ceritakan mengenai diri saya. Saya cuma lelaki biasa sahaja yang berharap menjadi lelaki luar biasa suatu hari nanti. Wah, tingginya impian. Tapi, sejak terjebak dalam dunia berblog ne, blog bukan sekadar untuk luahan hati sahaja, kan. Banyak perkara boleh dilakukan. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan, berkongsi idea, menambah kenalan, meluaskan pengetahuan. Macam-macam lah.



Eh, siapa pula tu. Kenal tak lelaki dalam gambar tu. Tadaaa… Itu lah Sharifdez atau nama sebenarnya Sarifudin Desa. Hensem tak. Hehe. Kalau nak tahu, Sharifdez ne orang Pulau Pinang sebenarnya. Apa habaq blogger-blogger utara. Hehe.

Ok. Itu sahaja yang saya nak habaq sebenaqnya. Kalau ada cerita-cerita menarik, nanti saya ceritakan kat sini lagi. Ok.




Nota : Kalau sudi, bantulah promote blog saya ne ya. Saya nak popular macam abg Ben. Ada hati jugak nak glamour. Hehe.

5 ulasan:

  1. apa khbr org penang..salam kenal dr LM

    BalasPadam
  2. Terima kasih LM sudi komen dan follow blog saya.

    BalasPadam
  3. ape jadik ngan 13mei..aku pon da lupe..hehe..same2 komen di blog ni..

    BalasPadam
  4. owh..aku dah ingat..12may akceli blog maintenance hahahaha...

    BalasPadam
  5. blog yang bagus... dan artikel artikelnya sangat informatif.. terima kasih dan salam persahabatan.. sigit hermawan go blog

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez