Semalam saya tak dapat nak online. Tension betul. Tak tahu apa sebabnya. Bila dah dapat online, asyik terputus ja. Dah tak tahu nak buat apa, tidur awal la jawabnya. Hehe.
Bila dah tidur awal tak boleh nak lelap mata lah pulak. Asyik dok teringat kat blog ja. Dah terkena penangan ketagihan berblog agaknya. Huhu.
Apa cerita saya hari ne, ya. Tak ada yang menarik sangat. Cuma hari ne saya ada lah follow beberapa blog yang dah follow blog saya ne. Tak sempat nak selongkar lagi semua blog gara-gara line internet yang selalu meragam kebelakangan ne.
Oh ya, ada satu lagi perkara yang saya dah buat hari ne. Kebanyakan blogger juga dah buat perkara ne rasanya. Apa perkara tu. Ya, kini saya juga sudah menyertai komuniti Nuffnung. Rasanya dah macam satu kemestian setiap blog pasti ada, kan. Bukan apa, sekadar nak bagi seri pada blog ne. Kalau kosong dengan tulisan sahaja nanti bosan juga.
Hak milik Nuffnang sepenuhnya. |
Sekurang-kurangnya berbaloi juga kalau ada hasil dari blog ne. Tak lah rasa macam membuang masa sahaja, kan. Haha, ni mesti dok dengar cerita ada blogger dapat ribu-riban dari berblog lah ne. Bukan apa, sekadar mencuba. Mana tahu rezeki ada kat sini.
Oklah, tu sahaja saya nak bercerita. Kalau sapa-sapa yang dah ada blog dan nak cuba dapatkan sedikit hasil, bolehlah sertai komuniti Nuffnang.
Selamat.... hehe.
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: