Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Jumaat, 25 Januari 2013

Rozita Ibrahim | Sendayu Tinggi | Majalah Niaga | Percuma

Rozita Ibrahim – Ratu Empayar Sendayu Tinggi.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Siapa yang tidak kenal dengan Puan Rozita Ibrahim, pengasas produk kecantikan dan kesihatan, Sendayu Tinggi.  Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, nama Rozita Ibrahim dan Sendayu Tinggi tentu tidak asing lagi.


----------oxOxo----------
Pada usianya yang menjangkau 47 tahun dan mempunyai lapan anak, Rozita memiliki susuk tubuh yang mampu menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan anak dara.

Seorang yang sangat berdedikasi dalam membina empayar perniagaan, wanita ini sanggup bersengkang mata dan hanya tidur tiga jam setiap malam untuk menghasilkan formulasi produk kecantikan dan kesihatan, Jamu Ratu Malaya.


Sebagai Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd dan Jamu Ratu Malaya Sdn Bhd, dia tidak pernah menjadikan kesibukan menguruskan dua syarikat sebagai alasan untuk mengabaikan kesihatan dan kecantikan, malah begitu teliti dalam pemilihan makanan yang berkhasiat dan berkualiti. (baca entri penuh di sini)
----------oxOxo----------

Hari ini (25 Januari 2013), majalah versi online Majalah Niaga Edisi 23 dilancarkan. Rozita Ibrahim tampil sebagai penyeri hias Majalah Niaga.


Temubual bersama Puan Rozita Ibrahim akan memberikan manfaat-manfaat eksklusif seperti berikut:

- Diam dan berfikir sejenak - Bagaimana pengalaman pahit beliau mengajar erti sabar, berjuang dan tidak sesekali angkat bendera putih.

- Realiti dunia bisnes - Mahu buat bisnes kerana mahu jadi jutawan? Nanti dahulu. Baca dan teladani kisah Puan Rozita Ibrahim dalam menjadikan Sendayu Tinggi sebagai satu jenama yang cukup hebat.

- Tip pemasaran ‘cara kental’ - Puan Rozita perkenalkan tip pemasaran yang jarang dihebahkan oleh kebanyakan usahawan tegar. Bagaimana melakukan pemasaran menggunakan modal diri sedia ada. Berkos rendah, berimpak tinggi.

Edisi Khas ini adalah terhad. Jadi jangan lepaskan peluang ini.  Anda boleh download percuma Majalah Niaga Edisi 23 di

Pautan : Laman Sendayu Tinggi
Pautan : Laman Majalah Niaga


'Like' Sendayu Tinggi.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.: