Bosan betul la, tak ada ka perkara menarik nak buat malam minggu ni.
Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
Malam Minggu – Hari yang ditunggu-tunggu kebanyakan orang. Pasti banyak aktiviti yang dirancang bersama rakan-rakan atau teman masing-masing.
Orang berkeluarga akan bawa keluarga bersiar-siar atau membeli belah di pasaraya. Pasangan pengantin baru pula sibuk membuat persiapan untuk bersanding atau sedang pikir tempat nak berbulan madu. [Bestnya J]
Muda mudi pula sedang rancak berbual sambil lepak-lepak di ‘port’ masing-masing. Bergelak ketawa sampai nak pecah perut bila sesuatu topik perbualan melucukan.
Bagi Sharifdez pula, hari melepak bersama rakan-rakan di malam minggu sudah berlalu. Masing-masing sibuk dengan hal keluarga. Biasalah, keluarga perlu diutamakan.
Kenalan yang bekerja shif pula lagi la sukar nak jumpa. Kita kerja, mereka tidur. Kita tidur, mereka bekerja. Dah macam burung hantu pulak. Tapi, apakan daya. Demi mencari sesuap nasi.
Apa lagi Sharifdez nak bebelkan ya. Dah lama tak buat entri yang bersifat peribadi. Kekok sikit. Selalu entri main ‘copy paste’ ja. Hehehe.
Ok lah, entri ini sekadar mengisi malam minggu yang membosankan. Harap2 malam minggu anda tak bosan seperti Sharifdez. Selamat malam.
hmmm boringkan klu sorang2
BalasPadam