Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 29 Januari 2013

Kutipan Tiket Filem Juvana

Berapa kutipan tiket filem Juvana?

Sudah hampir seminggu filem Juvana ditayangkan.  Agak-agak berapa kutipan tiket yang dah berjaya dikutip?  Sebelum ni drama Juvana mendapat sambutan hangat di TV3.  Bagaimana dengan sambutan filem Juvana pula.

----------oxOxo------

Filem 'Juvana' ternyata sebuah karya yang dinanti-nanti peminat filem tempatan apabila berjaya menarik penonton ke pawagam sehingga berjaya mencapai kutipan RM1.7 juta dalam masa empat hari tayangan. Filem arahan Faisal Ishak yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 24 Januari lalu memberi perkembangan positif bagi tahun ini selepas  kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.

'Juvana' yang dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip merupakan kesinambungan daripada drama bersiri 'Juvana' yang disiarkan di TV3.

Filem bergenre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

Pencapaian baik filem ini hasil sokongan hebat peminat-peminat setia drama 'Juvana' dan penonton filem tempatan yang memenuhi pawagam sejak ia mula ditayangkan. Berdasarkan maklum balas dan komen yang diberikan para penonton menerusi laman sosial Facebook dan Twitter, ramai yang berpuas hati dengan memberi komen positif.

Menurut mereka, 'Juvana' sebuah filem yang berkualiti dan bukanlah sekadar filem aksi semata-mata yang memaparkan kisah kenakalan  pelajar juvana, tetapi ianya mengandungi elemen komedi dan motivasi yang boleh memberi pengajaran buat penonton. Lakonan mantap barisan pelakon juga mendapat pujian daripada penonton sehinggakan ada  yang begitu teruja dengan menonton di pawagam sebanyak tiga kali.

Filem terbitan Juita Viden Sdn. Bhd dan Filmscape Sdn. Bhd ini diyakini mampu menarik lagi ramai penonton ke pawagam dan mencapai kutipan yang lebih tinggi dalam minggu ini. Terdapat permintaan daripada penonton yang mahukan filem ini disambung lagi ke layar perak. Menurut  penerbit filem, Kabir Bhatia, “Ramai yang bertanya tentang sekuel filem 'Juvana' selepas menonton di pawagam.

Bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu. Sekiranya sambutan bagus, mungkin akan ada sekuel 'Juvana'. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton.”

Promosi filem 'Juvana' di media cetak dan elektronik masih lagi diteruskan agar lebih ramai penonton yang ke pawagam. Para pelakon juga akan bertemu dengan peminat di beberapa lokasi terpilih bagi menghargai sokongan penonton-penonton 'Juvana'.
(Sumber – Gua.Com.My)
gua.com.my/berita-artis/Juvana_Kutip_RM1_7_juta_Dalam_4_Hari.html

JUVANA OFFICIAL FULL TRAILER (Like)
----------oxOxo------


‘Like’ kalau suka filem Juvana.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez