Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Ahad, 6 Januari 2013

Anugerah Juara Lagu 27 | Live Streaming

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27 

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 telah tiba.  Malam ini (6 Januari 2013), kita akan menyaksikan penganugerahan kepada juara di antara juara lagu.


Malam ini 12 finalis akan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 27.  Selepas kemenangan besar Hafiz membawakan lagu hitsnya ‘Awan Nano’ tahun lalu, lagu manakah pula yang bakal dinobatkan sebagai juara kali ini?

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 12 artis berkumpulan dan solo secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam ini.


12 artis berkumpulan serta solo yang berjaya ke pentas akhir dan bakal beraksi.  Berikut merupakan turutan giliran persembahan kesemua finalis setelah mereka membuat undian pada sidang akhbar di Emperor Ballroom, Hotel Empire Subang, bulan lalu.

1. Lagu – Bedroom Sanctuary

2. Teman Pengganti – Black & RJ

3. Patah Seribu – Shila Hamzah

4. Idola – Azlan & The Typewriter

5. Pelangi Senja – Stacy

6. Ombak Rindu – Hafiz & Adira

7. Tanpamu – Amir Jahari

8. Ku Akui – Hafiz

9. Terukir Di Bintang – Yuna

10. Andaiku Bercinta Lagi – Mojo

11. Simetri – Hazama & Amy Search

12. Anak Kampung – One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Anugerah Juara Lagu ke 27 kali ini akan dicetuskan oleh Xpax, jenama utama prabayar Celcom yang juga selaku penaja utama bagi majlis anugerah berprestij ini.  AJL27 turut menampilkan Hot FM selaku radio rasmi.

Jika tidak dapat menonton AJL 27 di tv, anda boleh tonton live streaming melalui pautan AnugerahJuaraLaguDotCom 


BS : Siapa agaknya akan menang Anugerah Juara Lagu 27 kali ni. Pilihan anda?

1 ulasan:

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez