Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27
Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 telah tiba. Malam ini (6 Januari 2013), kita akan menyaksikan penganugerahan kepada juara di antara juara lagu.
Malam ini 12 finalis akan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 27. Selepas kemenangan besar Hafiz membawakan lagu hitsnya ‘Awan Nano’ tahun lalu, lagu manakah pula yang bakal dinobatkan sebagai juara kali ini?
Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 12 artis berkumpulan dan solo secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam ini.







