SIAPA JUARA perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 antara ATM dan Kelantan?
Malam ini (20 Oktober 2012) segalanya akan terjawab. Stadium Shah Alam akan menjadi saksi pertembungan 2 pasukan terhebat di antara yang terhebat ini. Piala Malaysia menjadi inspirasi dan semangat pada ahli pasukan masing-masing untuk berjuang sehingga ke titisan keringat terakhir.
Siapakah yang bakal menjulang Piala Malaysia 2012? Adakah Kelantan atau ATM? Sama-sama kita saksikan perlawanan penuh debaran ini. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan vs ATM di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober 2012 ini bakal disiarkan menerusi RTM TV1 bermula jam 8.45 malam.