Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 13 Disember 2012

3 Blog Pilihan Terbaik.

Senarai blog pilihan. 3 blog terbaik.

SALAM 1 MALAYSIA.

3 blog pilihan terbaik 2012.  Dalam dunia berblogging, pasti ada blog atau blogger yang anda sering ikuti perkembangannya.  Begitu juga dengan Sharifdez.

Sepanjang menghampiri 2 tahun berblog, ada ramai rakan blogger yang telah berjaya dengan blog masing-masing.  Tak kurang juga yang telah mengundurkan diri dari dunia blogging.  Mungkin kerana kesibukan atau minat yang sudah padam.


Jika diminta untuk membuat pilihan, banyak blog yang menarik minat Sharifdez untuk selalu berkunjung.  Tapi memandangkan tajuk entri ini 3 blog pilihan terbaik, jadi Sharifdez pilih hanya yang terbaik untuk Sharifdez senaraikan di sini.

Blog Pilihan Terbaik PertamaBlog Ben Ashaari.
Ben Ashaari. Dalam dunia blog, mungkin ramai yang kenal dengan Bro Ben ni.  Bukan Ben 10 cerita animasi tu ya J. Blogger Ben ni selalu anjurkan segmen.  Sekali beliau anjurkan segmen, beribu blogger yang ikut serta.  Sampaikan Sharifdez sendiri terjebak juga dengan segmen yang beliau jalankan.  Blog Sharifdez ini pun wujud kerana Ben Ashaari.

Blog Pilihan Terbaik ke 2Blog Irfan Khairi.
Jutawan Muda Irfan Khairi.  Siapa yang tak kenal kan dengan blogger jutawan ni.  Banyak tips untuk berjaya sebagai usahawan dikongsikan di blog beliau.  Irfan banyak membakar semangat untuk Sharifdez berjaya seperti beliau.

Blog Pilihan Terbaik ke 3Yuyu Zulaikha
Blogger si Kupu-Kupu Kecil ni memang menambat hati Sharifdez.  Walaupun orangnya kecik molek, tapi jiwanya cukup besar.  Jangan pandang si Kupu-Kupu Kecil ini sebelah mata. Kisah hidupnya di bandaraya besar yang penuh dengan pelbagai dugaan dikongsikan di blognya.  Walaupun coretannya panjang berjela dapat juga dihabiskan bacaan.

Ok, itu sahaja 3 Blog Pilihan Terbaik yang menjadi pilihan di hati Sharifdez.  Jika anda belum berkunjung ke blog mereka, sudi-sudikan lah terjah.

1 ulasan:

  1. lama x singgah sini... maklumlah dah lama x aktif berblogging... malam nih agak rajin sikit... :)

    bagus lah blog nih sebab saya bleh tahu sapa yang masih aktif berblogging n dah x aktif berblogging... tumpang bloglist yer sharifdez...

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez