Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger Malaysia .
Tidak kira lah anda blogger tegar atau blogger suam-suam kuku, pastinya anda ingin blog yang dibangunkan dilihat ramai orang, kan . Dengan bilangan pembaca yang ramai, anda dapat berkongsi pendapat atau pengalaman anda kepada mereka. Mana lah tahu, pengalaman dan perkongsian anda itu dapat membantu mereka, tentu mereka akan berterima kasih pada anda nanti.
Dengan itu, Sharifdez mengambil kesempatan ini untuk membantu mempromosikan blog anda. Blog Sharifdez tidaklah sehebat otai-otai blogger yang lain. Cuma ini sahaja cara yang Sharifdez dapat fikirkan untuk membantu rakan blogger Malaysia .
Sharifdez telah membuka 6 ruang khas (bahagian paling atas blog ini) untuk diletakkan ruang iklan banner percuma. Jika anda berminat nak promosikan blog di sini, boleh ikuti syarat di bawah :-
1. Sediakan banner blog bersaiz 115 X 115.
2. Letak banner Blog Sharifdez di blog anda (tiada paksaan).
3. Buat entri bertajuk ‘Jom Promosi Blog Di Sini’ dan linkkan ke entri ini (harus).
4. ‘Like’ entri ni dan ‘post’ kan ke facebook anda (tiada paksaan).
5. ‘Like’ fanpage Blog Sharifdez untuk info terkini (tiada paksaan).
Itu sahaja anda perlu lakukan. Pemilihan blog adalah melalui kiraan trafik yang masuk melalui blog anda (Google Analytics). Satu banner akan dipilih setiap minggu. Banner lama akan dikeluarkan untuk banner baru. Bermakna banner anda akan kekal di Blog Sharifdez selama 6 minggu. Jadi, pastikan banner anda menarik supaya ada yang akan klik nanti.
(Tips) Letakkan banner Blog Sharifdez di blog anda dan klik setiap hari. J
Jika ada kelapangan, boleh baca entri berkaitan di bawah cara Sharifdez dapatkan trafik ke Blog Sharifdez ini.
Pautan : Hebat | Dapat Trafik Blog Dari 3 Gergasi.
(Strategi Promosi Blog) Jika anda inginkan trafik ke blog, anda boleh buat seperti apa yang Sharifdez lakukan ini. Disamping dapat membantu rakan blogger yang lain, dapat membantu pertambahan reader di blog anda juga. Selamat berpromosi.
macamana tu x paham
BalasPadam