Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 2 Oktober 2012

Syarikat Jongkong Emas Diserbu | Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Salam sejahtera reader Blog Sharifdez.

‘Jongkong Emas Diserbu’.  Itulah salah satu kata kunci yang masuk ke Blog Sharifdez hari ini.  Sebagai blogger, Sharifdez perlu ambil tahu.  Jika berfaedah akan Sharifdez kongsikan di blog ini.


Rupa-rupanya, ada sebuah syarikat yang menjalankan jual beli produk emas telah diserbu polis pada Isnin lalu (1 Oktober 2012).  Syarikat dimaksudkan ialah Genneva Malaysia Sdn Bhd.

----------oOXOo----------

KUALA LUMPUR: Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada Isnin oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Isnin, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

"Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM.

Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu.

Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu.

Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas.

"Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

"Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya. – BERNAMA (sumber).


----------oOXOo----------

Baru berhasrat nak buat keuntungan, tapi dah gigit jari.  Kes ini juga sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi syarikat lain yang menjalankan perniagaan serupa.  Pasti ramai yang akan lebih berhati-hati untuk membuat pelaburan emas di masa akan datang.
.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez