IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2016

Budak Comel Belajar Pakai Kasut

0 kata semangat
Gigihnya budak comel tu belajar pakai kasut.


Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Sharifdez terjumpa satu video comel ni di MukaBuku.  Sekadar nak hiburkan follower blog Sharifdez.  Dah agak jarang kemaskini blog.

Harap video ini menghiburkan anda.  Selamat menonton :)


Ahad, 17 April 2016

Sudah Ku Tahu Projector Band | Lirik Lagu

0 kata semangat
Seringkali aku  menduga,  Seringkali ini terjadi,
    Segala rahsia sudah ku tahu,  Rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini,  Segala apa yang telah ku lakukan....

Itu antara bait-bait lagu Sudah Ku Tahu dari Projector Band.   Sejujurnya Sharifdez jadi minat dengan lagu ni bila ramai Share video seorang awekz buat cover lagu ni di FB.  Bukan tu saja, ramai pula yang buat duo dengan awekz ni guna aplikasi Smule (kalau tak silap Sharifdez la ).



Kalau nak tengok video awekz tu nyanyi, skrol laju-laju sampai habis lirik lagu di bawah ni.  Kalau nak dengar lagu Sudah Ku Tahu sambil karaoke sama-sama, layan video di bawah ni.

Isnin, 16 Jun 2014

Jaga Dia Untukku | Siti Nurhaliza | Lirik Lagu

0 kata semangat
Tuhan Jaga dia untukku, Kala ku masih jauh,
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian...

Itu antara lirik lagu baru Jaga Dia Untukku nyanyian Dato Siti Nurhaliza.  Sudah agak lama rasanya tak dengar suara merdu Dato Siti Nurhaliza di corong-corong radio.  Terubat rindu peminat untuk lagu baru ini.  Jom layan video lirik lagu di bawah ni...


Lirik Lagu Jaga Dia Untukku - Dato Siti Nurhaliza

Ahad, 11 Mei 2014

Video Klip Seratus Persen Cintaku | Mas Idayu ft WARIS dan Juzzthin

0 kata semangat
Salam Sejahtera.  (100 %) Seratus Persen Cintaku, Mas Idayu ft W.A.R.I.S. dan Juzzthin.  Macam mana Sharifdez boleh tak perasan lagu ni.  Ada pernah dengar lagu Seratus Persen versi baru ni tapi tak tahu pulak Mas Idayu berkolaborasi dengan W.A.R.I.S. dan Juzzthin.


Kalau anda pun tak pernah dengar lagu Seratus Persen Cintaku versi 2014 ni, jom layan video klip di bawah ni.

Sabtu, 22 Mac 2014

Angsa Hitam Beri Makan Ikan Koi | Video

0 kata semangat


Jom tengok video Angsa Hitam (Swan) beri makan Ikan Koi ni.

Haiwan yang tak diberi akal ni pun pandai berkongsi rezeki dari Ilahi.  Rezeki jika dikongsi akan makin bertambah.  Saham untuk akhirat juga.

Kita ni hamba Allah mengapa harus mempunyai sikap tamak.  Peringatan untuk diri sendiri juga.


Sebarkan video ini pada rakan-rakan.

Rabu, 18 Disember 2013

Lirik Lagu Rindukanlah | Encik Mimpi | OST Playboy Itu Suami Aku

0 kata semangat
Rindukanlah | OST Playboy Itu Suami Aku

Rindu-rindukanlah Diriku Sepanjang Hari-Harimu
     Sayangku Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
     Milikmu Yang Kau Rindu..

As Salam.  Terima kasih berkunjung ke blog Sharifdez.  Nak tanya sikit ni, anda minat tak dengan drama bersiri Playboy Itu Suami Aku yang sedang ditayangkan di TV3 jam 7 petang tu.  Best tak cerita tu?

Sharifdez terlayan plak cerita Playboy Itu Suami Aku episode ke berapa entah, masa si lelaki bawa si perempuan ke tepi pantai waktu malam dan luahkan rasa cintanya.  Terlayan jiwang pulak time tu, hehehee.

Dalam cerita tu, kerap keluar lagu Rindukanlah.  Baru hari ni Sharifdez perasan lagu Rindukanlah ni OST untuk drama Playboy Itu Suami Aku.  Jadi, hari ni ada masa Sharifdez godek-godek tanya Pok Cik Google siapa yang nyanyikan lagu Rindukanlah ni.  Rupa-rupanya Encik Mimpi.

Siapa Encik Mimpi ni masih menjadi misteri.  Mengapa, kerana beliau menyembunyikan identitinya di sebalik topeng.  Macam penyanyi Bandi Amuk tu plak.  Boleh baca kisah Encik Mimpi di sini.

Oklah, jika anda minat jugak lagu Rindukanlah, jom hayati lirik lagu di bawah ni.  Nanti boleh nyanyi sama-sama bila dah keluar di pusat-pusat Karaoke.  Hehehee.  Layan kan jer lah...

Jumaat, 19 April 2013

Kereta Paling Mahal Dunia 2013 | Veneno

0 kata semangat
Lamborghini Veneno, inilah kereta paling mahal tahun 2013.

The Veneno adalah hadiah ulang tahun Lamborghini yang ke 50. Kereta ini hanya dihasilkan 3 buah sahaja.  Semua 3 buah super car ini sudah pun terjual sebelum dilancarkan di Geneva Motor Show.
 
Logo Rasmi Lamborghini

Harga The Veneno - $ 4.6 Juta
Kuasa Enjin - V12, 750 kuasa kuda

Selasa, 26 Mac 2013

Sayang Shae Versi Lelaki | Jawapan Sayang | Mr Bie

0 kata semangat
"Sayang aku baik selalu, Janganlah kamu risaukan aku;
  Ku harap kamu pun baik di situ, kerna diriku selalu mendoakanmu"…

Itu antara bait-bait lagu yang dinyanyikan Mr Bie sebagai jawapan balas kepada kekasihnya Shae yang kerinduan.
 


Hehehee, suka-suka jer deorang ney.  Tapi layan juga lagu ‘Jawapan Sayang’ versi Mr Bie ni.

Jumaat, 25 Januari 2013

Jauh Ke Syurga | Ana Raffali | Video | Lirik Lagu

1 kata semangat
Video dan Lirik Lagu Jauh Ke Syurga - Ana Raffali.

Jauh Ke Syurga – Itulah tajuk lagu baru dari Ana Raffali.  Buah tangan terbaru tahun 2013 untuk peminat setia Ana Raffali.


----------ox0xo----------
Boleh tahan juga sedap lagu terbaru Ana Raffali yang baru kami dengar. Liriknya juga menurut Ana, merupakan satu doa, dan yang menarik doa dalam lagu. Sesuai dengan imej Ana yag kini bertudung, lagu ini mendoakan hasrat seorang isteri yang ingin jodoh bersama suami berpanjangan dan berterusan hingga ke syurga. Till Jannah, kalau ikut trend di Twitter.

Ana yang berkahwin dengan kawan baiknya, Ahmad Aznaim Abdullah Februari tahun lepas, baru-baru ini turut mengakui masih menantikan kehadiran anak untuk menyerikan kehidupan mereka berdua.

Sabtu, 15 Disember 2012

Apo Kono Eh Jang 2012 | Lirik Lagu Dan Video

0 kata semangat
Apo Kono Eh Jang.  Lagu lama diberi nafas baru.  Rupa-rupanya muzik video Apo Kono Eh Jang ni dah ada di YouTube bulan November lalu.

---- Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida) berkata rakaman semula lagu Apo Kono Eh Jang nyanyian asal Ally Nor dan Mastura bukan bertujuan untuk merosakkan keaslian lagu yang pernah popular pada 1980-an itu.

Sebaliknya, Fida, 26, berkata, lagu versi baru yang menampilkan Datuk AC Mizal dan kumpulan Stellar itu diadun dengan muzik tekno dan rap mengikut trend dan selera muzik semasa.


“Saya dan penerbit lagu itu Sheikh Qalam langsung tidak berniat untuk merosakkan keaslian dan keindahan lagu asal tetapi sebagai penghargaan dengan elemen muzik semasa.

“Saya berharap usaha kami memberi suntikan nafas baru pada lagu Apo Kono Eh Jang tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” -Fida ---- mStar Online.


Lirik Lagu – Apo Kono Eh Jang 2012
----------xOXOx----------

Selasa, 20 November 2012

150 Juta Ainan Tasneem | Lirik Lagu Video.

1 kata semangat
Ainan Tasneem mencipta nama dengan singlenya yang berjudul Aku Suka Dia. Lagu ini telah diputar di radio-radio Malaysia sejak bulan Mei 2012 lagi. Populariti yang memuncak melalui lagu tersebut penyanyi Ainan Tasneem telah dilamar produksi MVM Production.


Sejak bergelar artis, show-show beliau semakin bertambah tetapi seperti perinsipnya Ainan Tasneem hanya membuat persembahan di hari cuti sahaja kerana memberi fokus pada pelajaran.  Untuk pengetahuan semua peminat, Ainan Tasneem juga telah dipilih lagunya bertajuk Aku Suka Dia untuk dimuatkan di salah satu album kompilasi di Indonesia. Tahniah! Selepas ini pasti beliau dapat melebarkan sayap ke seberang.

Mengenai single terbaru Ainan Tasneem pula, lagu tersebut telah diambil daripada penciptanya Fynn Jamal. Lagu ini telah dipersetujui untuk dinyanyikan semula secara eksklusif untuk dijadikan single kedua Ainan Tasneem. (sumber - satellizermusic.com)

Jom layan video dan lirik lagu 150 juta Ainan Tasnem di bawah.  Zasssssszz (o_o)


Like Facebook Ainan Tasneem Fanpage. Y(-_o)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Saleem Bila Orang Dah Benci | Lirik Lagu Dan Video.

7 kata semangat
Bila orang dah benci, Tiada guna ku nanti, Lebih baik ku pergi, Pergi membawa diri

Bait-bait lagu yang mendayu ini memang menusuk kalbu.  Ditambah pada Hari Raya Aidil Adha ini.  Pengorbanan cinta yang terpaksa dilakukan.  Raya Korban tahun ini (2012) terasa suram pada Sharifdez.

Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi
Mengapa sayang engkau hancurkan niat suci ku menyunting dirimu


Video dan lirik lagu di bawah adalah lagu terbaru Saleem berjudul ‘Bila Orang Dah Benci’.  Lagu ini akan menaikkan kembali nama Saleem di dalam industi muzik tanah air - Eddie Hamid

Rabu, 10 Oktober 2012

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga | Saleem | Lirik Lagu | Video.

0 kata semangat
Kontroversi video ‘Tak Ku Sangka Tak Ku Duga’ menyebabkan video ini ditonton lebih dari 2.3 juta kali.  Di mana aura lagu ini sehingga begitu ramai yang menonton klip video ini.

Hehehe, intro entri kali ni gempak habis.  Salah satu strategi menarik perhatian pelawat dari enjin carian (Google, Yahoo dan Bing) ke Blog Sharifdez.

Saleem | Kredit to Google Image.

Sebenarnya, tiada la kontroversi sangat klip video penyanyi Saleem ni.  Masa tengah menjelajah di alam siber tadi, terjumpa satu klip video ni.  Bila diamati rasa macam pernah dengar ja lagu ni, tapi di mana ya. J


Jumaat, 28 September 2012

Siapa Gadis Cantik Ni | Gangnam Style Video.

0 kata semangat
Gadis cantik ini bikin fenomena gangnam style semakin menggila. J

Anda dah terkena virus Gangnam Style?  Sharifdez sangkakan dapat menepis fenomena kegilaan 1Dunia ketika ini, Gangnam Style.


Tapi nampaknya Sharifdez tewas juga.  Ini semua gara-gara suara comel gadis cantik ini.  Pertama kali, rasa nak ketawa geli hati dengar suara halusnya, lama-lama terus jatuh cinta. Hehehe.

Jom layan video di bawah.  Zassssss, layannnn… J


Lihatlah, berapa puluh juta dah tonton video gangnam ni. Sharifdez orang yang ke 56 juta lebih.  Huhuhu. 

Isnin, 7 Mei 2012

Majlis Pernikahan Awal Ashaari – Scha al Yahya (Video).

0 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada yang terlepas menyaksikan majlis akad nikah Awal Ashaari – Scha al Yahya (SchAwal) tempoh hari.  Sharifdez pun tercari-cari juga video majlis pernikahan SchAwal ni.  Akhirnya ada juga yang berkongsi video pernikahan mereka di youtube.


Jom tengok video Awal Ashaari – Scha al Yahya di majlis pernikahan mereka.  Jangan lupa kongsikan di facebook.  Mungkin kawan-kawan anda juga tercari-cari video ini.

Isnin, 3 Oktober 2011

Cinta Muka Buku | Najwa Latif | Kontroversi.

3 kata semangat

Assalamualaikum dan Salam 1 World.

Dah dengar lagu ‘Cinta Muka Buku’ nyanyian Najwa Latif?  Mesti dah dengar kan sebab sekarang ni kerap juga dimainkan di corong-corong radio. 

Bermula dengan suka-suka dengan meng’upload’ video nyanyiannya berjudul ‘Baby’ (penyanyi asal : Justin Bieber) ke laman Youtube, nama Najwa Latif mula meniti bibir peminat seni suara tanahair. Lagu Cinta Muka Buku ciptaannya yang dimuatnaik ke Youtube selepas itu melonjakkan lagi namanya sehingga mendapat hit yang tinggi di Youtube.



Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez