IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Memaparkan catatan dengan label video klip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video klip. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mac 2018

Di Matamu - Sufian Suhaimi | Video dan Lirik Lagu

0 kata semangat
Aku sedar betapa hinanya Ku dimatamu...

Baru sehari di muat naik ke YouTube, video ini dah trending  dan mencapai lebih 1.6 juta tontonan. Mungkin ini yang dinamakan rezeki.  Walaupun sebelum ini viral pasal isu putus tunang, pencapaian ini sedikit sebanyak dapat menjadi pengubat diri Sufian Suhaimi.



Sharifdez tak nak ulas panjang sebab tak ikuti sangat isu mereka sebelum ni.

Ok, jom layan video Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi. Terima kasih juga singgah di blog ini.

Ahad, 11 Mei 2014

Video Klip Seratus Persen Cintaku | Mas Idayu ft WARIS dan Juzzthin

0 kata semangat
Salam Sejahtera.  (100 %) Seratus Persen Cintaku, Mas Idayu ft W.A.R.I.S. dan Juzzthin.  Macam mana Sharifdez boleh tak perasan lagu ni.  Ada pernah dengar lagu Seratus Persen versi baru ni tapi tak tahu pulak Mas Idayu berkolaborasi dengan W.A.R.I.S. dan Juzzthin.


Kalau anda pun tak pernah dengar lagu Seratus Persen Cintaku versi 2014 ni, jom layan video klip di bawah ni.

Selasa, 25 Mac 2014

Video Klip Gadis Jolobu | Hattan feat WARIS | Lirik Lagu Gadis Jolobu

0 kata semangat
Poie tanyo omak poie tanyo uwan,
        Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan,
        “sebagai suatu warisan”


Jom layan video klip Gadis Jolobu gabungan Otai, Dato Hattan dan Rapper Negeri 9, WARIS (Rembau Most Wanted Yo).  Banyak unsur-unsur nasihat dalam lirik lagu Gadis Jolobu ni.

Sharifdez tak la faham sangat lirik lagu Gadis Jolobu ni, tapi boleh la sikit-sikit nak terbelit lidah dibuatnya, huhuhuu...

Isnin, 21 Oktober 2013

Al Haq Yang Satu | Mawi feat AC Mizal | Video Klip | Lirik Lagu

0 kata semangat
Al Haq, lagu nyanyian Mawi dan AC Mizal yang sedang ngetop dimainkan di radio-radio tempatan.  Selalu anda dengar sahaja lagu Al Haq ( Yang Satu ) di radio tapi tak dapat hayati lirik lagu.  Hari ni Sharifdez letakkan lirik lagu Al Haq di blog ini beserta video klip yang baru dilancarkan di YouTube (15.10.2013).


Lepas ni boleh la nyanyi sekali di tempat kerja anda.  Layannn…


Lirik Lagu Al Haq ( Yang Satu )
-----------------------------------------

(AC Mizal)
Ya Allah berikanlah daku petunjuk,
Agar bisaku meneruskan hidupku,
Agar bisaku berjalan di jalan yang lurus,
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya ku pernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa, Dibawa dosa pahala,
Hidup di dunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

Rabu, 4 September 2013

Video Klip Takkan Terpisah | Black Mentor

0 kata semangat
Lagu terbaru dari Black Mentor, Takkan Terpisah.  Pertama kali dengar lagu Takkan Terpisah ni, Sharifdez dah tangkap lentok.  Suara unik dari Black sendiri membuatkan lagu ini cepat meresap ke dalam jiwa.  Buah tangan untuk peminat Black.


--------------------ox0xo--------------------
Lirik Lagu Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Jumaat, 12 April 2013

Video Klip Angin Syurga | Misha Omar

0 kata semangat
Siapa suka lagu baru Misha Omar, Angin Syurga?

Semalam (11.4.2013) Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Binti Omar,  telah memuat naik video klip terbarunya, Angin Syurga di Youtube.  Sharifdez tercari-cari juga video klip ni hari minggu yang lalu.  Video ni muncul masa di penghujung Melodi TV3.
 

Khamis, 28 Mac 2013

Video Klip Bahagiamu Deritaku | Hafiz AF7

1 kata semangat
Lirik lagu dan video klip Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz

Salam sejahtera.  Anda dah tengok video klip terbaru dari pemenang anugerah vokal terbaik ni.  Siapa lagi kalau bukan Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano tu.
 
Kredit to Google Image | Hafiz AF7
Lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz sudah lama dimainkan di radio tapi minggu lalu (18 Mac 2013) kalau tak silap Sharifdez, video klip Bahagiamu Deritaku telah dimuat naik ke Youtube.

Kalau yang putus cinta kerana orang ketiga, jangan tengok video klip ni.  Nanti luka lama kan berdarah kembali.  Huhuhuu.  Apa-apa pun memang layan video klip ni sebab kualiti video yang baik dan pemandangan yang memukau.  Orang Penang cakap, memang perrrhhhh. Hehehee.

Anda minat Hafiz?
Jangan lupa share video ini dengan rakan-rakan. V(o_o)

Sabtu, 16 Mac 2013

Lagu Baru Yuna | Shine Your Way | Filem The Croods | Video Klip

0 kata semangat
Video klip terbaru dari Yuna ( Yunalis Zarai ) - Shine Your Way

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Siapa di sini peminat Yunalis Zarai a.k.a Yuna.  Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang tu.  Mesti anda kenal, kan.

Sumber dari Google Image

Yuna sekali lagi tampil dengan lagu baru.  Tapi kali ini Yuna berduet dengan Owl City.  Shine Your Way’, itulah tajuk lagu terbaru Yuna.  Shine Your Way’ adalah lagu tema untuk filem baru yang akan ditayangkan di Malaysia. Filem apa?

Shine Your Way - Owl City ft Yuna - Video Lirik

Filem baru ini ialah filem animasi bertajuk ‘The Croods’.  Anda boleh lihat video trailer filem ‘The Croods’ di bawah.  Siapa yang minat dengan filem animasi ni boleh la ke pawagam 21 Mac 2013 nanti, OK.

Sabtu, 9 Mac 2013

Video Klip Putih Putih Melati ST12 | Lirik Lagu

1 kata semangat
Putih - putih Melati, merah - merah Delima,
    Siapa yang baik hati pastiku terima.

Itu antara bait bait lagu yang kerap Sharifdez dengar dinyanyikan anak anak jiran sebelah rumah sekarang ni.  Dalam banyak banyak lagu, inilah lagu yang Sharifdez rasa sangat ‘simple’.  Kalau tak percaya, boleh tengok lirik lagu di bawah ni.

Gambar kredit to Google Image

Download lagu Putih Putih Melati di iTunes ( Klik Sini )

Lirik Lagu Putih Putih Melati – ST12

Khamis, 28 Februari 2013

Rembau Most Wanted | W.A.R.I.S | Video Klip | Lirik Lagu

1 kata semangat

Assalamualaikum / Salam 1Malaysia

Rembau Most Wanted.  Sebuah lagi hasil tangan kreatif anak seni Malaysia.  Sebelum ini lagu Apo Kono Eh Jang 2012 popular dimainkan di radio-radio Malaysia.  Kali ini Rembau Most Wanted pula.  Kedua-dua lagu ini dalam dialek Negeri Sembilan.  Sehari dua ni kerap Sharifdez dengar lagu ni ketika di tempat kerja.

Kredit to Google Image

Masa mula dengar lagu ni, ingatkan rapper luar Negara. Rupa-rupanya anak Malaysia.

Apesal Sharifdez sibuk bebenar nak cerita pasal Rembau Most Wanted ni.  Semua sebab kata kunci yang masuk ke blog Sharifdez hari ini [ Penyanyi Rembau Most Wanted ].

Jumaat, 25 Januari 2013

Jauh Ke Syurga | Ana Raffali | Video | Lirik Lagu

1 kata semangat
Video dan Lirik Lagu Jauh Ke Syurga - Ana Raffali.

Jauh Ke Syurga – Itulah tajuk lagu baru dari Ana Raffali.  Buah tangan terbaru tahun 2013 untuk peminat setia Ana Raffali.


----------ox0xo----------
Boleh tahan juga sedap lagu terbaru Ana Raffali yang baru kami dengar. Liriknya juga menurut Ana, merupakan satu doa, dan yang menarik doa dalam lagu. Sesuai dengan imej Ana yag kini bertudung, lagu ini mendoakan hasrat seorang isteri yang ingin jodoh bersama suami berpanjangan dan berterusan hingga ke syurga. Till Jannah, kalau ikut trend di Twitter.

Ana yang berkahwin dengan kawan baiknya, Ahmad Aznaim Abdullah Februari tahun lepas, baru-baru ini turut mengakui masih menantikan kehadiran anak untuk menyerikan kehidupan mereka berdua.

Jumaat, 28 Disember 2012

Video Klip 150 Juta | Ainan Tasneem

0 kata semangat
Untuk kali ke seratus lima puluh juta,
     Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
     Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda pertama kali berkunjung ke Blog Sharifdez, selamat datang Sharifdez ucapkan.


Ok, anda datang ke sini mesti nak layan video klip lagu 150 Juta nyanyian Ainan Tasneem, kan.  Hari ini (28 Disember 2012), lebih kurang jam 8 malam tadi Ainan Tasneem telah war-warkan video klip 150 Juta sudah dimuat naik ke laman Youtube.


Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez