Assalamualaikum dan Salam 1 World.
Dah dengar lagu ‘Cinta Muka Buku’ nyanyian Najwa Latif? Mesti dah dengar kan sebab sekarang ni kerap juga dimainkan di corong-corong radio.
Bermula dengan suka-suka dengan meng’upload’ video nyanyiannya berjudul ‘Baby’ (penyanyi asal : Justin Bieber) ke laman Youtube, nama Najwa Latif mula meniti bibir peminat seni suara tanahair. Lagu Cinta Muka Buku ciptaannya yang dimuatnaik ke Youtube selepas itu melonjakkan lagi namanya sehingga mendapat hit yang tinggi di Youtube.




