Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Jumaat, 23 September 2011

Siapa Mampu Mencabar Kedudukan Blogger Ni?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Selamat berbloging kepada yang sedang online ketika ini.  First, terima kasih kepada anda kerana sudi singgah di blog Sharifdez.

Sebelum ini pada setiap hari Khamis atau Jumaat, Sharifdez akan umumkan blog yang membawa trafik terbanyak ke blog ini.  Namun semenjak sebulan lebih yang lalu, blog tersebut terus bertakhta di blog ini tanpa mampu diganggu gugat oleh sesiapa lagi.

Sumber dari Google Image.
Jadi, pada minggu ini (23 hingga 29 September 2011), Sharifdez ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang rasa mampu mencabar kedudukan blog tersebut.  Apa yang anda perlu lakukan adalah buat apa-apa sahaja entri mengikut citarasa anda, kemudian linkkan ke entri ini.  Jangan lupa tinggalkan pautan entri anda pada ruang komen.

Atau anda ‘copy paste sahaja eXchange banner’ yang terdapat di atas sebelah kanan blog ini pada blog anda.  Cuba letak selama 1 minggu.  Lebih lama lebih bagus. (:

Jika dalam tempoh seminggu blog anda tidak terpilih sebagai ‘Blog Terbaik Minggu Ini’, anda boleh padam banner tersebut.  Tiada paksaan.

Selepas seminggu sekiranya blog anda terpilih, Sharifdez akan masukkan url blog anda pada bloglist ‘Mesti Terjah | Blogger Terbaik Mingguan’ yang terdapat di atas entri ini.  Mungkin anda perasan kan.  Selain itu, Sharifdez turut akan memilih 3 blog yang membawa trafik terbanyak untuk diletakkan pada bloglist ‘Terbaik | Jom Terjah’ yang terdapat di sebelah kiri blog ini.  Bagaimana, ada sesiapa nak mencuba? 

Trafik blog Sharifdez ketika ini sekitar 100 hingga 200 UV sehari.  Jika pada hari berkenaan blog Sharifdez menerima banyak trafik, dan anda pula post entri yang menarik, tidak mustahil pengunjung yang masuk ke blog Sharifdez akan klik pada entri tersebut.  Dengan itu diharap dapat menaikkan juga trafik ke blog anda.


Pengumuman Penting.

Sharifdez ada menukar sedikit ayat pada bloglist supaya lebih ramai tertarik untuk klik pada link blog yang ada di bloglist tersebut (betul ka ayat yang Sharifdez taip ni)

Lihat gambar di bawah sebagai rujukan.

Sebelum : Blogger Terbaik Mingguan : Jom Terjah N Follow.
Selepas : Mesti Terjah | Blogger Terbaik Mingguan.

Oh ya.  Blog mana yang Sharifdez maksudkan tu ya.  Nak tahu, boleh baca entri melalui pautan di bawah.




.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez