Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Rasanya masih belum terlewat untuk Sharifdez ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada anda yang sudi berkunjung ke sini. Terasa begitu cepat masa berlalu.
Kalendar yang tergantung di sebalik pintu pun belum ditukar lagi dengan yang baru. Seperti baru semalam sahaja kalendar itu diletakkan. Alih-alih dah habis tahun pun.
Cukup dulu setakat itu. Dah lama tak post entri terbaru, mula lah nak menaip meleret-leret. Anda datang ke sini mungkin tercari ‘Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)'.
Carian ini masuk ke blog Sharifdez entah dari mana. Dan secara kebetulan Bro Wacana juga ada postkan entri berkaitan. Kalau anda nak tahu apa soalan yang diajukan oleh Zizan Raja Lawak kepada Ustaz Azhar Idrus, boleh ke blog Bro Wacana.
Ataupun anda layan ja video yang diupload di youtube ne. Videonya agak panjang juga.
Kalau suka boleh 'like'.
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: