Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Rasanya masih belum terlewat untuk Sharifdez ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada anda yang sudi berkunjung ke sini. Terasa begitu cepat masa berlalu.
Kalendar yang tergantung di sebalik pintu pun belum ditukar lagi dengan yang baru. Seperti baru semalam sahaja kalendar itu diletakkan. Alih-alih dah habis tahun pun.
Cukup dulu setakat itu. Dah lama tak post entri terbaru, mula lah nak menaip meleret-leret. Anda datang ke sini mungkin tercari ‘Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)'.



