Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Sabtu, 24 Disember 2011

Berita Pernikahan Yusry Dan Lisa Surihani.

Salam Sejahtera 1 Malaysia.

Segala teka-teki sudah terjawab.  Memang sah Yusry akan bernikah dengan Lisa Surihani.

Ramai juga jejaka-jejaka yang meluahkan rasa kecewa mereka di ‘wall facebook’ Lisa Surihani atas berita pernikahannya.  Banyak-banyak bersabar lah ya abang-abang ‘macho’ sekalian.


----------
Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari 2012.

Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadalkan secara eksklusif pada 26 Februari 2012 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.


----------

Nota Kaki : Tarikh 23 Februari 2012 dipilih Yusry – Lisa jatuh pada 1 Rabiulakhir 1433 Hijrah.  Adakah kebetulan?

1 ulasan:

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.