IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Memaparkan catatan dengan label follow. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label follow. Papar semua catatan

Ahad, 1 Julai 2012

Statistik Blog Bulan April, Mei Dan Jun 2012.

2 kata semangat
Salam sejahtera.

Statistik blog.  Mungkin itulah rutin harian atau bulanan seorang bergelar blogger.  Turun naiknya statistik blog kadang kala boleh membuatkan seseorang blogger itu termenung jauh dan kekadang tersenyum sendirian.

Bagi Sharifdez, peningkatan trafik a.k.a pengunjung ke blog membuatkan hati Sharifdez berbunga-bunga.  Ini menunjukkan entri yang dihasilkan di blog ini mendapat perhatian.  Namun begitu, pengunjung yang datang mungkin berlalu pergi tanpa mendapat apa-apa ilmu atau pengetahuan di sini.

Maklumlah, untuk menghasilkan entri yang berkualiti memerlukan masa dan ilham.  Sebab itu lah untuk 3 bulan ini (April, Mei dan Jun), hanya beberapa entri sahaja dihasilkan.  Itu pun entri dari blog lain yang diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.

Aktiviti blogwalking dan terjah menerjah ke blog rakan-rakan dah agak lama tidak dilakukan.  Rakan-rakan baru yang follow blog Sharifdez pun belum sempat nak selongkar blog mereka.

Ahad, 4 September 2011

Blogwalking : Trafik Jatuh Menjunam Kerana...

10 kata semangat
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Apa khabar teman hari ini.  Masih dalam mood beraya ka?

Hari ini Sharifdez nak blogwalking ke blog teman-teman baru yang dah sertai blog Sharifdez ni.  Sebenarnya dah lama mereka join, tapi tak sempat nak senaraikan di sini.  Tapi sebelum tu, nak kabarkan sikit trafik blog ni pada bulan lepas (Ogos 2011)

Trafik Blog Jatuh Merudum. Macam Main Saham Pula. Hehe.

Aduh, apa dah jadi pada blog ni.  Trafik dah jatuh menjunam ke gaung yang dalam.  Huhuhu.  Itu lah penangan bulan Ramadhan.  Orang puasa, blog pon sama-sama puasa.  Bulan Ramadhan, mata nak kena puasa jugak.  Bila blogwalking nanti tertengok gambar yang bukan-bukan pulak.  Kurang sudah pahala puasa tu. Betul tak?

Selasa, 28 Jun 2011

Blog Review : 7 Minggu 200 Follower. Perjalanan Masih Jauh.

10 kata semangat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua blogger, tak kira dari Malaysia atau dari luar negara.


Terasa cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 7 minggu usia belog ini.  Sepanjang tempoh itu, Sharifdez telah menemui banyak blog-blog baru telah muncul untuk memeriahkan lagi suasana.  Sharifdez turut berasa gembira dan sedikit cemburu.  Eh, cemburu?

Ya cemburu.  Cemburu kerana melihat blogger-blogger baru ni dah macam lama berbelog pula.  Blog baru ada 3 4 entri tetapi pengikut dah nak cecah 100.  Header dan templet blog pon hebat-hebat.  Sharifdez  guna yang biasa ja. Huhuhu.  Cemburu sekejab.

Jumaat, 24 Jun 2011

Kita Serbu : Siapa Terpilih Blogger Terbaik Minggu Ini?

17 kata semangat

Salam sejahtera semua blogger-blogger Malaysia tak kira di mana anda berada ketika ini.  Masih berjaga ka atau sedang menunggu lampu hijau untuk serbu ke bilik tidur. Hehehe.

Ok, seperti biasa hari Jumaat Sharifdez akan umumkan blogger terbaik yang telah menghantar ‘beribu-riban’ pengunjung ke blog Sharifdez ni.  Terima kasih beribu lemon juga kat anda.

Siapakah yang telah merampas kedudukan “ Blogger Terbaik “ di blog Sharifdez untuk minggu ini ( minggu ke-5 )?  Minggu yang lalu, blogger dePalma SP telah berjaya merampas kedudukan Terbelog.  Selama 3 minggu berturut-turut blogger Terbelog mengekalkan kedudukan sebagai “ Blogger Terbaik “.  Adakah dePalma SP dapat mempertahankan kedudukannya?

Ahad, 19 Jun 2011

Suka Blogwalking? Jom Terjah Blog Mereka…

13 kata semangat

Assalamualaikum Blogger 1 Malaysia.

Bosan tak tengok tajuk kat atas tu?  Hehehe, asal jejak blog sharsifdez ja ajak terjah blog. Jejak ja kat sini, ajak selongkar blog.  Dah tak ada entri lain kot nak buat.  Tak dinafikan, Sharifdez memang tak ada idea nak mengarang atau menghasilkan entri yang sekurang-kurangnya memberi sedikit pengetahuan kepada pembaca blog ini.

Impian nak dapatkan 10 ribu senarai blog, tapi kalau entri kosong ja, sapa yang nak follow.  Betul tak?  Macam mana lah nak hasilkan 4, 5 entri sehari macam abg Ben tu.  Huhuhu…  Macam mana ya nak hasilkan entri yang berkualiti?  Sekurang-kurangnya, pembaca tinggalkan blog ni dengan sedikit ilmu.  Tak lah sia-sia datang terjah blog ni.

Sabtu, 11 Jun 2011

Jom Terjah : Lagi Senarai Blog Bersama Sharifdez.

11 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini sharifdez senaraikan lagi 20 blog untuk anda terjah. yang mana anda rasa suka dan berkenan, boleh la follow, ok.

Sebelum tu, apa kata anda ajak juga follower anda untuk turut terjah blog-blog mereka ni.

 

Buat satu entri bertajuk : Jom Terjah Blog Bersama Sharifdez. Letak gambar di atas tu. Tak nak letak pun tak pa. Terserah pada anda.  Kemudian, linkkan ke entri ini. Tinggalkan pautan entri anda pada ruangan komen.  Nanti senang saya nak terjah blog anda pula.  Mudah kan. 

Kalau rasa malas nak mengarang ayat, copy ja ayat kat bawah ni.

Jumaat, 10 Jun 2011

Satu Bulan Sudah : Mereka Support Blog Sharifdez.

3 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger 1 Malaysia.

Cepat benar masa berlalu.  Sedar tak sedar blog ni dah berusia sebulan rupanya. Sepanjang tempoh  satu bulan ni, sharifdez telah menemui banyak blog-blog baru yang hampir sebaya dengan usia blog sharifdez.  Namun begitu, blog mereka sangat cantik dan kemas berbanding blog ni.  Entri-entinya juga menarik untuk dibaca.  Tapi sesetengah blog sharifdez tak dapat nak lepak lama-lama.

Nak tau kenapa?  Sebab terdapat widget yang memainkan lagu atau video secara automatik.  Tak boleh nak pause pula.  Lagipun, broadband agak terbatas.  Kalau terlebih penggunaan, nanti tak dapatlah nak selongkar blog yang lain pula. Huhuhuu. Maaf ya.

Khamis, 9 Jun 2011

Review Blog Mengikut Nombor Cun.

5 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger Malaysia.

Hari ni sharifdez nak review beberapa blog lagi yang telah sharifdez follow.  Blog ini dipilih mengikut nombor menarik. Jom lihat di bawah ni.

Isnin, 6 Jun 2011

Mereka Terbaik : Penantian ke-100 Telah Berakhir…

13 kata semangat
Assalamualaikum Blogger 1 Malaysia.

Setelah hampir 4 minggu berblog, akhirnya cukup sudah 100 follower.  Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog ni.  Walaupun blog ini masih kosong dengan entri-entri yang berkualiti, sokongan anda membuatkan sharifdez masih bersemangat untuk terus berblog.

Jika anda baru berkunjung di blog sharifdez ini, boleh la terjah blogger-blogger di bawah ni.  Kalau suka, boleh follow sekali blog mereka. Ok.

Khamis, 2 Jun 2011

Jom Tempah Header Untuk Blog.

7 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger Malaysia.


Hari ini sharifdez nak berkongsi dengan anda satu blog ni. Sepatutnya semalam lagi sharifdez nak masukkan entri ini, tapi broadband meragam pula.

Blog ini dah ada 3000 lebih follower dea. Kalau tak silap sharifdez, blog ni baru 6 bulan lebih sahaja. Nak tau siapa follower ke 3000?


Selasa, 31 Mei 2011

Letih Bermain Dengan Angka.

2 kata semangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera blogger Malaysia.

Adakah ini semua satu kebetulan.  Bila Sharifdez terjah dan nak follow sahaja, ini yang sharifdez dapat. Letih, letih. Hehehe..

Sebelum tu, sharifdez minta maaf, ramai yang dah follow blog sharifdez tak sempat nak follow balik.  Sesetengahnya tak dapat sharifdez nak follow mereka sebab tiada pautan blog pada profile mereka.

Oklah, jom lihat nombor-nombor cun ni.

Ahad, 29 Mei 2011

Yesss, Dapat Angka Menarik Lagi.

4 kata semangat
Assalamualaikum blogger Malaysia.

Sebagai blogger baru, sokongan dari blogger yang sudah lama atau otai sangat-sangat saya harapkan. Namun melihatkan kepada rentetan bingkisan di blog yang baru bertunas ini, pasti ramai yang berkata, “buat apa nak bantu blogger tu sedangkan aku naik pun atas usaha aku sendiri. Lagipun blog tu bukan ada apa-apa yang menarik, sekadar penuh dengan link sahaja”. Tak mengapa lah, mungkin dia ada pendapatnya yang tersendiri.

Oklah, cukup. Dah menyimpang jauh pulak dari tajuk entri kali ni. Sharifdez suka sangat bermain dengan angka. Hehehe.


Sabtu, 28 Mei 2011

Mereka Terbaik : Senarai Blog yang Follow Sharifdez

17 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih sudi berkunjung ke blog sharifdez ni.  Mood hari ini kurang ceria sebab masalah pada ruangan pengikut.  Ini sedikit sebanyak mengganggu cabaran yang berlangsung di blog ini.

Oklah, hari ini sharifdez sekadar mahu berkongsi blog blogger yang dah follow blog sharifdez sahaja.  Jika anda sudah follow blog ini tetapi tiada dalam senarai di bawah, sharifdez memohon maaf.  Ada sedikit kesulitan untuk sharifdez follow blog anda.  Antaranya :-

Rabu, 25 Mei 2011

Angka Mempengaruhi Bilangan Follower Blog Anda.

1 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa ada pada angka? Hmmm. Tidak dinafikan hidup kita tidak lepas dengan permainan angka.  Bermula dengan ‘0’ dan berakhir dengan ‘9’. Kalau digabung-gabungkan, tak terhitung jari-jari ne.

Ok, berbalik kepada tajuk entri hari ini.  Semalam semasa blogwalking, Sharifdez ada  follow beberapa blog ni.  Ada juga sebahagiannya Sharifdez follow sebab blogger ni dah sahut cabaran di blog sharifdez.  Lepas follow baru Sharifdez perasan.  Cantik pulak angka-angka ni.  Hehe.

Selasa, 17 Mei 2011

Mereka Terbaik : Terima Kasih Kepada Semua.

7 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar dah seminggu usia Blog Sharifdez ne. Kepada yang telah singgah di blog ini terima kasih saya ucapkan.

Sebenarnya saya menjadi hilang arah sebaik sahaja blog ini diwujudkan. Mungkin inilah yang dihadapi oleh semua blogger rasanya. Tiada idea untuk disampaikan kepada pembaca setia. Kepada mereka yang banyak aktiviti luar, boleh juga dikongsikan kepada pembaca. Bukan senang nak jadi blogger ne rupanya. Huhu.

Sabtu, 14 Mei 2011

I Follow : Milik Siapakah Blog Ini…

1 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


“ Hidup umpama buku.. bermula dari ‘a’ dan berakhir dengan ‘z’… aku menulis bukan kerana nama.. tapi kerana jiwa.. “ Pehhh ayat dea..

Tagline ne saya ambil dari salah satu blog yang saya dah follow semalam. Pemiliknya perempuan. Asyik follow blogger perempuan ja. Bila nak follow jejaka pulak entah la.

Rabu, 11 Mei 2011

Blog Pertama yang Saya Selongkar..

3 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa Orang Pertama yang Saya Follow?


Tu dea. Azie Fazieda namanya. Orangnya lawa, tapi dah kawin la.. Jangan cuba-cuba nak kacau ya. Hehe. Macam mana saya jumpa blog ne? Mana lagi kalau bukan dari bloglist Abg Ben.

Oklah, sapa-sapa yang nak kenal dengan Saudari Azie Fazieda ne, boleh ke azziesamad.blogspot.com

Nanti saya nak selongkar lagi blog Saudari Azie ne. Hehe.

Siapakah blog teman seterusnya yang akan saya selongkar? Mungkinkah anda? Ayat macam suspen je, hehe..



Nota : Klik sini kalau nak dapat duit guna handphone. Hehe, sempat lagi promote.

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez