IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Ahad, 1 Julai 2012

Statistik Blog Bulan April, Mei Dan Jun 2012.

Salam sejahtera.

Statistik blog.  Mungkin itulah rutin harian atau bulanan seorang bergelar blogger.  Turun naiknya statistik blog kadang kala boleh membuatkan seseorang blogger itu termenung jauh dan kekadang tersenyum sendirian.

Bagi Sharifdez, peningkatan trafik a.k.a pengunjung ke blog membuatkan hati Sharifdez berbunga-bunga.  Ini menunjukkan entri yang dihasilkan di blog ini mendapat perhatian.  Namun begitu, pengunjung yang datang mungkin berlalu pergi tanpa mendapat apa-apa ilmu atau pengetahuan di sini.

Maklumlah, untuk menghasilkan entri yang berkualiti memerlukan masa dan ilham.  Sebab itu lah untuk 3 bulan ini (April, Mei dan Jun), hanya beberapa entri sahaja dihasilkan.  Itu pun entri dari blog lain yang diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.

Aktiviti blogwalking dan terjah menerjah ke blog rakan-rakan dah agak lama tidak dilakukan.  Rakan-rakan baru yang follow blog Sharifdez pun belum sempat nak selongkar blog mereka.

2 SEBAB JARANG UPDATE BLOG.

1. Kesempitan Waktu.
Sebagai pekerja makan gaji, pekerjaan harus diutamakan. Maklumlah, nak merasa pendapatan dari blog ni mungkin belum sampai masanya.  Banyak lagi perkara untuk dipelajari.  Perkara asas berblog pun masih rapuh.

Bila pulang dari kerja, badan dah keletihan.  Otak pun jadi lembab dan tak dapat nak fikirkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.  Kalau online pun dalam 2 jam sahaja sehari.

2. Teknologi Bermasalah.
Online menggunakan broadband ni kadang-kala menyakitkan hati.  Bila idea tengah sarat di dalam kepala otak ni, waktu tu juga lah broadband nak meragam. Kalau diikutkan hati rasa macam nak saman ja syarikat broadband ni.

Hati mana tak panas kalau dalam sebulan nak habiskan limit broadband pun tak sempat.  Kalau sambungan internet asyik terputus ja, bila nak sampai limitnya.  Cukup bulan kena bayar. Harga penuh pula tu. 

Bila dapat online, 2 – 3 jam sahaja sehari.  Jika broadband lembab dan bermasalah, berapa banyak aktiviti dapat dilakukan.  Nak terjah blog rakan-rakan pun tak dapat.  (macam entri lepas geram ja ni).

Dah lari dari tajuk asal entri ni. Ok, di bawah statistik blog sharifdez.


Gambaran di atas menunjukkan pada bulan April 2012, sebanyak 6033 halaman telah diselongkar. Pada bulan Mei 2012, sebanyak 9235 halaman diikuti 9764 halaman pada bulan berikutnya.

Melalui gambaran di atas, dapat dilihat terdapat pertambahan setiap bulan.  Jika banyak entri boleh dihasilkan, pastinya lebih banyak trafik dapat dijana. (ayat dah macam buat karangan Geografi masa sekolah dulu J).

Gambaran di atas juga adalah statistik alexa blog sharifdez. 21995 rangking di Malaysia. Kalau Sharifdez dapat tempatkan blog ni dalam senarai 10000 blog di Malaysia, itu sudah satu kepuasan bagi Sharifdez.

Di bawah ini pula blog pilihan Sharifdez untuk bulan Julai 2012.


Entri dengan kata kunci “Beli Tudung Online” mendapat tempat di laman pertama Google Malaysia.  Ramai yang ingin membeli tudung secara online akan berkunjung ke blog Sharifdez dahulu sebelum ke laman rdinique (blog ni umpama pengantara).


Kepada admin blog rdinique, terima kasih kerana menempatkan banner Sharifdez.


P/S : Entri paling panjang untuk tahun ini J.

2 ulasan:

  1. Ada sglintir blogger yg jenis post kisah peribadi, they dont very care sgt pasal pembaca. But klau blog yg byk info and brita hangat, msti dpt ranking pmbaca tinggi. Juz share my opinion

    Http://theshortylea.blogspot.com

    BalasPadam
  2. begitulah kehidupan blogger kan.....semoga lebih mantap di masa hadapan

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez