Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Sabtu, 7 Julai 2012

Eyriqazz VS Denaihati

Eyriqazz VS Denaihati.  Siapa bakal bergelar juara?  Pemenang akan menerima trofi bernilai RM500 ribu beserta loket emas.  20 000 penonton dijangka akan menyaksikan perlawanan antara eyriqazz dan denaihati.

Eyriqazz VS Denaihati, pertarungan paling sengit tahun ini (2012).  1 September 2012 akan melakar satu lagi sejarah….(nak taip apa lagi ek).


Hehehe.. Entah apa lah yang Sharifdez tengah temberang ni.  Sebenarnya Sharifdez ada terbaca satu entri di blog bro KizMyseLF tadi, (Cabaran SEO, Sekadar Mencuba Kemampuan Di Enjin Carian).  Bab-bab SEO ni memang Sharifdez suka sesangat.

Lepas dah baca, baru tahu ada blogger buat cabaran SEO.  Kalau nak buat entri bebas, macam ni lah jadinya.  Entri merapu.  Hehehe.  Agak-agak, entri merapu macam ni boleh melekat tak di laman pertama Google dengan kata kunci “Eyriqazz VS Denaihati”.


Sekadar mencuba, untung sabut timbul, untung batu tengelam sudah.

Eyriqazz.com
Seingat Sharifdez, rasa-rasanya pernah tercampak ke blog bro eyriqazz ni.  Masa tu tengah cari pasal Nuffnang rasanya.  Kalau pasal Nuffnang, eyriqazz dan Nuffnang ibarat isi dan kuku, lagu dan irama tak dapat dipisahkan.  Jadi tak hairanlah pendapatan Nuffnang beliau boleh cecah 4 angka sebulan.

Denaihati.com
Blog denaihati Sharifdez jumpa masa tengah cari tip-tip nak dapatkan trafik ke blog.  Tip-tip yang diberikan memang menjadi.  Jadi tak perlu rasa hairan kalau blog bro denaihati ni trafik cecah puluh ribu sebulan.

Ok, cabaran ini sebenarnya dianjurkan oleh bro eyriqazz dan denaihati adalah penaja utama.  Hadiah wang tunai berjumlah lebih dari RM1000 telah disediakan.  Banyak tu.  Bukan itu saja, pemenang juga akan menerima trafik percuma dari blog denaihati.



Hadiah Cabaran SEO Eyriqazz VS Denaihati.

----------xOx----------
1st Prize – RM500 Cash + (20,000 trafik dari Denaihati.com) + (iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com)
3rd Prize - RM200 cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
----------xOx----------

Menarik kan hadiah yang ditawarkan.  Jika berminat, terjah blog eyriqazz untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan. (klik sini)  Tarikh tutup pada 31 OGOS 2012.



Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , 
Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.comMksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com, kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com, Muhasabahtrading.ComBluedianthus.Com dan PanduanServisBlog.Com

14 ulasan:

  1. Salam...saya pon join Cabaran SEO ni dah 2 hari lepas taknampak pon blogsharifdez ni...Tapi hari ni dah muncul dekat first page google..

    Hebatnya! Kite ni blogger baru taktahu pon apa menda SEO SEO ni..pakai main hentam je...mcmana dapat terus ke first page haaa? *sure taknak kongsi rahsia kan* Hahahaha :P~

    Okaylah..apa apa pon tahniah eh...

    BalasPadam
  2. Eh lupa..best la blog awak...kita nak follow lah...

    Nanti rerajin singgah ler di blog saya http://elqashrinqaisara.blogspot.com

    Follow lah balik...HihIHi

    BalasPadam
  3. good luck bro..
    harap duk kat 1st page.!

    BalasPadam
  4. Aslkm Bro Sharifdez,
    ko memang power la kalau bab SEO ni. Aku selalu hantar iklan kat laman iklan ko. Memang first page google. Terima kasih banyak bro

    BalasPadam
  5. goodluck!!!
    ciktom kl tau menang loket emas..giler2 join..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ciktom , pon sudah mau menang . first page ha...

      Padam
  6. Good Luck..

    Tahniah bro, sebab blog awak sekarang ni berjaya berada di page pertama google..

    Eyriqazz vs Denaihati : Blog siapa lebih popular?

    BalasPadam
  7. wa..... abang punya blog banyak best. saya sudah cari semua baca ini blog. Abang boleh menang punya . Semoga menang.

    BalasPadam
  8. wah tahniahlah sbb masuk page one..tak lama lagi hanyutlah N3 ke page entah ke berapa..tahniah yer

    BalasPadam
  9. Selamat berjaya dengan contest SEO ini yang akan berakhir tidak lama lagi.

    BalasPadam
  10. Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati : Blogger Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Hanya berbaki 10 hari sahaja untuk 10 September 2012. Selamat Maju Jaya PH ucapkan :)

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.