IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Memaparkan catatan dengan label statistik blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label statistik blog. Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Statistik Blog Januari 2013 | Pecah Rekod.

1 kata semangat
Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Bulan Januari dah pun berlalu.  Tanpa sedar kita dah melangkah masuk ke bulan Februari 2013.  Cepatnya masa berlalu.


Ini entri ringkas sebelum masuk tidur.  Rasanya ramai blogger dah post statistik blog masing-masing.

Statistik Blog Dari Bulan Oktober Hingga Januari 2013.

Ahad, 7 Oktober 2012

Statistik Blog | Julai Hingga September 2012.

0 kata semangat
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger dan reader Blog Sharifdez.

Bagaimana statistik blog anda pada bulan lepas.  Ada peningkatan atau jatuh terjunam ke dasar lautan J.  Bagi Sharifdez, entri statistik blog ini banyak manfaat pada blogger. 

Pertamanya, kita dapat mengetahui entri mana yang pembaca blog kita suka baca.  Dengan ini kita dapat mencipta entri berkaitan untuk menarik lebih ramai pembaca.


Kedua, peningkatan trafik blog akan memberi semangat untuk kita terus menghasilkan entri-entri berkualiti.  Bila ada pembaca yang suka blog kita, mungkin dia akan bantu hebahkan blog kita pada rakan-rakannya.  Bagaimana nak hebahkan?  Tentu sekali melalui facebook J.

Ahad, 1 Julai 2012

Statistik Blog Bulan April, Mei Dan Jun 2012.

2 kata semangat
Salam sejahtera.

Statistik blog.  Mungkin itulah rutin harian atau bulanan seorang bergelar blogger.  Turun naiknya statistik blog kadang kala boleh membuatkan seseorang blogger itu termenung jauh dan kekadang tersenyum sendirian.

Bagi Sharifdez, peningkatan trafik a.k.a pengunjung ke blog membuatkan hati Sharifdez berbunga-bunga.  Ini menunjukkan entri yang dihasilkan di blog ini mendapat perhatian.  Namun begitu, pengunjung yang datang mungkin berlalu pergi tanpa mendapat apa-apa ilmu atau pengetahuan di sini.

Maklumlah, untuk menghasilkan entri yang berkualiti memerlukan masa dan ilham.  Sebab itu lah untuk 3 bulan ini (April, Mei dan Jun), hanya beberapa entri sahaja dihasilkan.  Itu pun entri dari blog lain yang diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.

Aktiviti blogwalking dan terjah menerjah ke blog rakan-rakan dah agak lama tidak dilakukan.  Rakan-rakan baru yang follow blog Sharifdez pun belum sempat nak selongkar blog mereka.

Jumaat, 2 Mac 2012

Statistik Blog Bulan Februari 2012.

4 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Statistik blog? Ada tak blogger yang dah post pasal statistik blog untuk bulan februari 2012 yang lalu?  Kalau belum, luangkan seketika masa untuk membuat sedikit kajian ke atas blog anda.  Mungkin anda akan menemui kekuatan tersendiri pada blog anda.

Sumber gambar dari Google Image.

Dengan membuat sedikit kajian, anda mungkin akan tahu pembaca blog anda terdiri dari golongan yang mana.  Dengan itu akan memudahkan anda membuat entri yang lebih berkualiti lagi untuk pembaca blog anda (wah, ayat skima abis J ).

Ok, kalau berminat anda boleh gunakan tajuk entri seperti di atas. “Statistik Blog Bulan Februari 2012”.  Bukan apa, Sharifdez sekadar mahu melihat kekuatan SEO blog anda.  Adakah dengan menggunakan tajuk tersebut blog anda akan berada di laman pertama carian Google.  Nanti boleh Sharifdez terjah blog anda melalui Google.

Bercerita pasal statistik blog, Sharifdez nak tunjuk la sedikit statistik untuk B.L.O.G. S.H.A.R.I.F.D.E.Z. ni.


Bulan lalu blog ini telah menerima 2332 kunjungan dimana 3287 halaman telah dibuka.  Ini bermakna ada pengunjung yang sudi membaca entri2 yang lain dalam laman blog ini.  Pendapatan yang telah berjaya diperolehi dari blog ini adalah RM5 000.  Hehehee, ini auta ja, diulang, auta a.k.a tipu ja ni.  Blog ini bukan blog perniagaan.  Ini blog biasa2 ja.


Kebanyakan pengunjung blog datangnya dari carian samada melalui carian Google, Yahoo, atan lain-lain carian yang ada.

Kalau blogger2 Otai tengok statistik blog ni mesti gelak guling2 punya.  Pengunjung ratus ribu ok lah jugak nak menunjuk.  2 ribu pengunjung pun dah nak kecoh satu dunia.

Sekadar mencari kepuasan tersendiri dalam dunia blog ini a.k.a syok sendiri.  Hehehee.


‘Like’ jika suka entri syok sendiri ini.

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez