IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Memaparkan catatan dengan label laman pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laman pertama. Papar semua catatan

Isnin, 30 April 2012

Belajar SEO Tak Semudah Disangka.

1 kata semangat


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bukan mudah rupanya untuk belajar SEO ni.  Nak berada di laman pertama Google juga tak semudah disangka.  Mujurlah ada yang menegur.  Kalau tak, berangan-angan la nak buat apa kalau dapat duit dari Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 tu, huhuhu…

Terima kasih kepada Blogger Azuan kerana membuka mata mengenai perkara ini.  Patut la senang-senang ja kata kunci lelaki kacak berada di laman pertama Google.  Rupa-rupanya salah teknik ketika membuat carian.


Bila Sharifdez buat seperti yang dimaklumkan oleh Blogger Azuan, keputusannya memang agak mengecewakan.  Huhuhu, musnah la harapan nak merasa RM500 dari lelaki kacak Titan.

Walau bagaimanapun, terima kasih tak terhingga kepada Blogger Azuan atas teguran itu.  Satu lagi ilmu yang Sharifdez dapat untuk hari ini.


p/s : Saya budak baru belajar, kalau salah sila lah tegur.

Ahad, 29 April 2012

Lelaki Kacak Di Laman Pertama Google.

3 kata semangat
Selamat Datang dan Salam 1 Malaysia.


Akhirnya, kata kunci untuk lelaki kacak telah berjaya mendaki sehingga ke laman pertama Google.  Bukan satu tetapi dua entri yang Sharifdez hasilkan berjaya ditempatkan di laman pertama Google.  Namun, sampai bila ianya mampu bertahan Sharifdez tidak pasti.

Ramai otai-otai SEO pasti memasang strategi di saat terakhir untuk merampas kedudukan ini sekaligus merangkul kemenangan Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 ini.

Jumaat, 2 Mac 2012

Statistik Blog Bulan Februari 2012.

4 kata semangat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Statistik blog? Ada tak blogger yang dah post pasal statistik blog untuk bulan februari 2012 yang lalu?  Kalau belum, luangkan seketika masa untuk membuat sedikit kajian ke atas blog anda.  Mungkin anda akan menemui kekuatan tersendiri pada blog anda.

Sumber gambar dari Google Image.

Dengan membuat sedikit kajian, anda mungkin akan tahu pembaca blog anda terdiri dari golongan yang mana.  Dengan itu akan memudahkan anda membuat entri yang lebih berkualiti lagi untuk pembaca blog anda (wah, ayat skima abis J ).

Ok, kalau berminat anda boleh gunakan tajuk entri seperti di atas. “Statistik Blog Bulan Februari 2012”.  Bukan apa, Sharifdez sekadar mahu melihat kekuatan SEO blog anda.  Adakah dengan menggunakan tajuk tersebut blog anda akan berada di laman pertama carian Google.  Nanti boleh Sharifdez terjah blog anda melalui Google.

Bercerita pasal statistik blog, Sharifdez nak tunjuk la sedikit statistik untuk B.L.O.G. S.H.A.R.I.F.D.E.Z. ni.


Bulan lalu blog ini telah menerima 2332 kunjungan dimana 3287 halaman telah dibuka.  Ini bermakna ada pengunjung yang sudi membaca entri2 yang lain dalam laman blog ini.  Pendapatan yang telah berjaya diperolehi dari blog ini adalah RM5 000.  Hehehee, ini auta ja, diulang, auta a.k.a tipu ja ni.  Blog ini bukan blog perniagaan.  Ini blog biasa2 ja.


Kebanyakan pengunjung blog datangnya dari carian samada melalui carian Google, Yahoo, atan lain-lain carian yang ada.

Kalau blogger2 Otai tengok statistik blog ni mesti gelak guling2 punya.  Pengunjung ratus ribu ok lah jugak nak menunjuk.  2 ribu pengunjung pun dah nak kecoh satu dunia.

Sekadar mencari kepuasan tersendiri dalam dunia blog ini a.k.a syok sendiri.  Hehehee.


‘Like’ jika suka entri syok sendiri ini.

Jumaat, 3 Februari 2012

Dah Dapat Tempat Pertama.

1 kata semangat
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Yeesssszzzzzz…..  Dah dapat tempat pertama. Horay.  Seronoknya tak terkira apabila kata kunci yang disasarkan telah mengena.  Hehehe, entah apa-apa lah Sharifdez ni.


Ini entri syok sendiri ja sebenarnya.  Bukan apa, sebelum ini Sharifdez ada buat entri ‘Cara Mudah Tingkatkan Trafik Blog’.  Harapannya  untuk melihat kata kunci tersebut berada di laman pertama carian Google.

Fuuhhhh…  Hari ini cuba buat carian tersebut, tapi tak sangka dah dapat tempat pertama.  Walaupun masa yang diambil agak lama juga iaitu hampir satu minggu untuk berada di tempat pertama.  Lepas ni tak tahu lah pulak berapa lama kata kunci tersebut mampu bertahan. 


Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez