Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua blogger, tak kira dari Malaysia atau dari luar negara.
Terasa cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 7 minggu usia belog ini. Sepanjang tempoh itu, Sharifdez telah menemui banyak blog-blog baru telah muncul untuk memeriahkan lagi suasana. Sharifdez turut berasa gembira dan sedikit cemburu. Eh, cemburu?
Ya cemburu. Cemburu kerana melihat blogger-blogger baru ni dah macam lama berbelog pula. Blog baru ada 3 4 entri tetapi pengikut dah nak cecah 100. Header dan templet blog pon hebat-hebat. Sharifdez guna yang biasa ja. Huhuhu. Cemburu sekejab.



