-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-
Furious 7 sudah habis pengambarannya dan akan ke
udara seluruh dunia pada 3 April 2015. Tema utama cerita ini ialah balas dendam. Ianya
adalah sambungan dari sekuel Fast And Furious 6 yang berakhir dengan
kematian karakter Han, yang dimainkan oleh Sung Kang. Krew tersebut akan
membalas dendam kematian Han dan pada masa yang sama, Ian Shaw yang
merupakan abang kepada penjahat dalam filem ke 6 itu akan dimainkan oleh
Jason Statham yang juga ingin membalas dendam atas kematian adiknya.
Satu lagi tema yang dibawa dalam sekuel ini ialah
evolusi siri filem tersebut pada awalnya di mana ianya untuk memberi
penghormatan kepada Paul Walker yang telah mati dalam eksiden kereta
pada tahun lepas. Salah satu yang sudah dikenalpasti ialah satu acara
Race Wars yang popular pada francais pertama filem tersebut akan ada
dalam filem ke 7 ini.
Karakter Brian O’Conner masih ada dalam Furious 7, di
mana lakonannya dibantu oleh adik-adiknya Cody dan Caleb dengan bantuan
CGI untuk memenuhi babak-babak yang mendiang tidak dapat penuhi.
Pelakon-pelakon lain dari filem pertama yang sudah pasti ada ialah Vin
Diesel, Michelle Rodriguez dan Jordana Brewster. Tidak dilupakan juga
pelakon-pelakon dalam sekual ke-6 juga akan turut serta: Dwayne Johnson,
Tyrese Gibson dan Ludacris.
Gabungan kereta yang digunakan pada kali ini ialah
American Muscle seperti Dodge Challenger dan Chevrolet Camaro; JDM Tuner
seperti Subaru Impreza WRX; dan kereta-kereta eksotik seperti Audi R8
dan juga Lykan Hypersport dari W Motors yang berharga USD3.4 Juta. [ Sumber ArenaKereta.Com ]
-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-
Lima bulan lagi. Promosi dah mula berjalan. Tapi sekarang lima bulan rasa sekejap saja kan. Jom terjah panggung nanti. Setkan jam anda 3 April 2015 nanti ya.
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: