----------oxOxo----------
The Blues merobek pertahanan Villa dengan mudah selepas Fernando Torres menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ketiga sambil tujuh lagi gol dijaringkan pemain berlainan dalam aksi di Stamford Bridge.
Kemenangan pertama liga di Stamford Bridge sejak awal Oktober lalu melonjakkan kelab itu ke tangga ketiga, tujuh mata di belakang Manchester City yang kini menduduki tangga kedua tetapi bermain kurang satu perlawanan.



