Mungkin inilah yang dikatakan 'rezeki terpijak'. Ketika semangat kian luntur, dengan sedikit sokongan dari keluarga, penantian sekian lama akhirnya berbaloi juga. RM1 Juta bukan mudah nak dapat dalam masa yang singkat, tapi kalau dah namanya rezeki tak kan ke mana. Betul tak?
-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-
Seremban: “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.
Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru.
“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja.
“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.
-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-
Agaknya apalah yang akan dibuat 'Nek Rokeah' dengan RM1 Juta tu. Kalau anda pula yang jadi pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium, apa agaknya anda nak buat dengan duit tu. Komen sikit.
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: